Pages

Friday, April 1, 2011

life is full of test

Ya Allah,
Amat sukar bagiku kali ini untuk menghapuskan rasa itu,
Aku tidak mengetahui mengapa,
Tetapi aku pasti kerana keadaan sekeliling yang menjadikan aku semakin sukar untuk membuang jauh perasaan itu,

Ya Allah,
Berilah aku kekuatan untuk menghadapinya di kala peperiksaan sedang berlangsung,
Jauhkan fikiran aku dari memikirkan perkara ini,
Aku tidak mahu perkara ini menjadikan aku bukan aku yang sebenarnya,
Aku penat dan aku tidak rela orang di sekeliling aku merasai tempiasnya.

Aku bermohon kepadamu Ya Allah,
Jadikan aku seorang insan yang teguh pendirian,
Jadikan aku seorang insan yang kuat dan cekal dalam menghadapi apa jua dugaan dan cabaran hidup,
Jadikan aku seorang insan yang sentiasa bersyukur dengan rahmat dan kurnia darimu,
Terima kasih Ya Allah kerana aku tahu Kau menyayangi hambamu ini….
Alhamdulillah……