Pages

Friday, July 29, 2011

2nd F.R.I.E.N.D.S of Top-up

F.R.I.E.N.D.S kedua kumpulan Top-up telah ditetapkan pada 8-10 Julai 2011. Kali ini kami ditugaskan untuk menyempurnakan program untuk SMK Rawang. Namun untuk program kali ini diadakan di UIA. Satu pengalaman baru bagi kami semua. Tempat yang telah dipilih sebulat suara di Masjid UIA dan tempat berkumpul di Mini Auditorium. Nature program kali ini lebih kearah motivasi dan mencungkil potensi diri setiap peserta yang kadang kala peserta sendiri tidak menyedari potensi diri masing-masing. Satu tugas berat tergalas di bahu kami semua namun Alhamdulillah semuanya telah selamat berlangsung. Peserta program kali ini adalah terdiri daripada peserta yang menerima bantuan asnaf dari Lembaga Zakat Selangor seramai 45 orang. Kebanyakan peserta yang hadir adalah dari kalangan keluarga yang bermasalah yang sememangnya kekurangan kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa mengikut kata cikgu yang mengiringi program ini. Jadi sememangnya tugas kami amat berat untuk memotivasikan diri para peserta dan seterusnya memberi jalan kepada peserta untuk berubah kearah kebaikan. Satu cabaran yang besar untuk kami.
 Seramai 13 orang fasi telah menyumbangkan masa dan tenaga untuk program kali ini. Mereka adalah Iera, Thahirah, Nabilah, Faiz, Tiqa, Bariah, Afnan, Wan dan Nurul. Turut menyumbangkan tenaga adalah fasi dari kumpulan lain iaitu Biha, Faiz Pilot dan Shafiz. Terima kasih semua kerana telah melakukan yang terbaik untuk program pada kali ini. Kita tidak boleh menjangkakan bahawa segala apa yang kita lakukan adalah sempurna walaupun perancangan yang dibuat nampak rapi kerana apa jua masalah boleh timbul di hari kejadian. Seperti budaya yang selalu kami pegang iaitu bersedia untuk tidak bersedia. Oleh itu tiada istilah selesa dalam sesuatu program kerana macam-macam perkara boleh terjadi di kala program sedang berlangsung. Dan satu yang bagus di sini adalah kerjasama di antara komiti-komiti yang amat bagus walaupun di kala peperiksaan menanti. Komitmen kamu semua amat bagus dan akak senang sekali bekerja bersama. Sepanjang mengendalikan program ini tiada masalah besar yang timbul kerana sememangnya kamu semua telah mengetahui peranan masing-masing. Teruskan bekerja dengan baik untuk program-program akan datang. Kamu memang terbaik.
Barisan fasi
 Segala teguran dan ingatan yang akak dan Kak Hajar berikan bukanlah suka-suka kami lontarkan. Namun kami mahu adik-adik belajar dari kesilapan masing-masing. Akak sedar kadang-kadang teguran itu jadi berbisa bak kata salah seorang dari fasi tapi kami lakukan adalah semata-mata agar adik-adik tidak mangulangi kesilapan yang sama untuk program-program yang lain. Apa yang penting disini adalah berkaitan dengan masa seperti yang kami bangkitkan. Akak minta maaf kalau akak teremosi, tertinggi suara, terkasar bahasa sepanjang program 3 hari 2 malam ini. Akak juga bukanlah pandai namun dengan apa yang akak ada akak harap adik-adik boleh menjadi lebih baik dari akak. Insyaallah..
Dan tidak lupa kepada kalangan rakan-rakan dan senior-senior yang sudi meluangkan masa untuk menjenguk kami sepanjang program berlangsung. Terima kasih kepada observer kami iaitu Abang Kamil, Kak Tasya dan Kak Yan. Terima kasih juga kepada Fatin, Ain, Juliana, Kak Sya, Kak Gee, Kak Naza dan sesiapa yang turun pada program ini. Terima kasih semua. Dan yang paling penting terima kasih kepada partnerku Hajar yang sama-sama membantu untuk menjayakan F.R.I.E.N.D.S pada kali ini. Ada lagi ke program F.R.I.E.N.D.S untuk Top-up pada semester depan? Kita tunggu dan lihat.. 
Bergambar kenangan sebelum pulang