Pages

Sunday, September 16, 2012

Persoalan Tiada Penghujungnya


Aku sering tertanya-tanya adakah aku masih perlu berada di situ?
Pertanyaan yang tidak pernah lari selagi aku terus di situ
Aku ingin pergi namun kakiku masih tetap di situ
Pertanyaan yang tidak sepatutnya tidak perlu diajukan lagi
Sudah lupakah kalian semuanya?
Bagiku itu adalah pengalaman yang tidak bisa dilupakan
Terima kasih atas semuanya

Aku sentiasa tertanya-tanya mengapa begini akhirnya
Sudah puas diri ini memikirkan punca mengapa
Sudah ku cuba cari penyelesaian namun begitu jua akhirnya
Adakah ini pengakhiran bagi kita semua?
Adalah kalian sudah tidak kisah?
Kalau itu jawapannya aku memahaminya
Terima kasih atas semuanya.

Tuesday, July 3, 2012

Lafaz Yang Tersimpan


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

  

Sunday, April 8, 2012

Belarok

Pada cuti semester yang lepas saya dan keluarga berpeluang mengikuti rombongan perkahwinan saudara kami. Majlis pernikahan dilangsungkan pada 30 Mac 2012 tapi kami menghadiri majlis persandingan pada 31 Mac. Pada mulanya kami sekeluarga keberatan untuk pergi tapi melihatkan kesungguhan pak cik saya yang beria-ria mengajak kami akhirnya setuju mengikuti rombongan. Katanya wakil belah ayah pengantin lelaki memandangkan kami tinggal berhampiran. Majlis dijadualkan bermula pada pukul 2.30 petang. Tetapi memandangkan ayah saya tidak pernah ke Kluang, Johor, kami bertolak pagi-pagi lagi dari Seremban. Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah persinggahan awal, 10.30 pagi dan memandangkan majlis lama lagi untuk bermula kami mengambil keputusan berjalan-jalan di sekitar Bandar Kluang. Tempat pertama yang dituju oleh ayah saya semestinya stesen keretapi. Katanya tidak sah jika tidak singgah sebentar kerana katanya mungkin dia akan bertemu dengan kenalannya yang pernah berkerja bersama. Tapi Allah telah menetapkan yang kami tidak bertemu dengan sesiapa yang dikenali. Sudahnya kami merakamkan beberapa gambar kenangan sekitar stesen.



Akhirnya setelah penat berjalan kami pulang kembali ke rumah persinggahan. Tiba tepat pada masanya rombongan pengantin lelaki beramai-ramai ke rumah pengantin perempuan dengan disertai dengan paluan kompang. Orang Kelantan kata ‘belarok. Benar la kata orang apabila pengantin perempuan dari Johor maka bersiap sedialah wahai pengantin lelaki dengan duit tol. Seingat saya dalam 6 atau 7 tol perlu dilepasi sebelum pengantin lelaki dibenarkan masuk ke dalam rumah. Siap dengan bersilat semua. Memang sesuatu yang baru. Majlis ini berlangsung di Felda Bukit Tongkat. Melihatkan kepada majlis keluarga pengantin perempuan mengikut adat tempatan mereka. Ada dikalangan ahli rombongan pengantin lelaki terkejut melihatnya. Lain tempat lain adatnya. Semestinya kami dijamu dengan hidangan di meja pengantin yang agak sedap. Alhamdulillah.


Sebelum pulang ke Seremban kami singgah di Ayer Hitam. Alang-alang sudah dekat. Tidak banyak pun barang yang dibeli. Tapi yang pastinya semua berpuas hati. Malam itu kami selamat tiba di rumah pada pukul 9.00 malam. Memang penat tapi saya dapat belajar banyak perkara melalui perjalanan pada hari itu.
Kepada pasangan pengantin baru: Along dan Kak Amalia, selamat menempuhi fasa hidup yang baru. Semoga rumah tangga yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Insyaallah.

Thursday, March 29, 2012

Menangislah dibahuku







Kau datang padaku seperti biasa
Ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Ku tahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahawa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa berderailah airmata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah..
Kadang manusia terlalu sombing tuk menangis
Lalu untuk apa airmata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia

Menangislah
Di bahuku kau berikan ku kepercayaan
Bahawa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu

Menangislah

Menangislah..

Menangislah di bahuku,ku di sini untukmu..

Menangislah di bahuku,kerna ku sahabatmu..

P/s: Lagu ini ditujukan buat seorang sahabat yang dulu berkongsi suka dan duka bersama namun kini atas pelbagai faktor persekitaran membuatkan kami makin jauh. Saya mahu balik sahabat saya yang dulu. Mungkin masa akan menentukan semuanya. Insyaallah. Saya tahu awak kata saya sudah berubah. Manusia boleh berubah mengikut masa. Lagi-lagi apabila sesuatu berlaku dalam hidupnya. Saya cuba menjadi seperti dahulu. Saya nak awak tahu saya memang mencuba dan akan terus mencuba menjadi seorang sahabat yang baik. Bantulah saya dan sama-sama kita bina persahabatan kita. Saya sayangkan persahabatan kita. Bersahabat sampai syurga. Insyaallah.

Ragam Kehidupan

Sudah lama tidak meninggalkan coretan di blog. Kerana kekangan masa dan juga kekangan idea. Sepanjang separuh semester yang lalu telah berlaku banyak perkara yang terjadi dalam kehidupan yang dikelilingi oleh rakan-rakan di kampus. Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya merasai masam manis pahit masim kehidupan. Insyaallah semuanya akan saya jadikan sebagai pahit maung dalam kehidupan. Semua yang terjadi sangat berharga untuk dijadikan kenangan untuk dikenang jika perkara yang berlaku adalah manis namun yang pahit saya jadikan ia iktibar untuk memperbaiki diri supaya tidak berlaku lagi pada masa hadapan. Sama-sama muhasabah diri untuk jadi yang terbaik. Insyaallah.

Friday, January 27, 2012

Selamat Berjuang

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
 
Tiada berkesudahan
 

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran

Bersama teman - teman
 
Harungi kehidupan
Oh indahnya

Berat rasanya
Di dalam jiwa
Untuk melangkah
 
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Ia akan selamanya
 

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan ku biar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan

Tetapi ku akur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
 
Keteguhan hati berlandaskan iman

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
 
Dan ingatlah semua ikrar kita


*Lagu ini memang ada makna tersendiri bagi saya. Sangat sesuai dengan keadaan saya. Memang sangat terharu bila dengar berulang kali. Sangat suka lagu ini.

Sunday, January 15, 2012

Kawan selamanya

Hari ini tergerak hati nak bercerita pasal ikhlas. Adakah selama ini bila kita buat sesuatu itu ikhlas atau semata-mata sebab lain. Hmm susah nak cakap kan. Apa pun semua yang kita buat mengikut niat sebenarnya. Apabila niat  menyimpang jauh dari matlamat asal itu yang jadinya tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu. Jadi betulkan niat anda sebelum melakukan sesuatu supaya semuanya berjalan dengan lancar.
Sebenarnya saya nak menulis tentang ikhlas dalam berkawan. Apabila kita ikhlas berkawan dengan seseorang segala susah dan senang kita nak berkongsi bersama-sama. Apabila dia sedih secara tidak langsung kita pun turut bersedih juga dan sebaliknya. Bagi saya, walau apa jua masalah dan situasi yang sukar muncul yang tidak dijangka-jangka untuk menguji sejauh mana ikhlasnya kita dalam berkawan perlulah hadapinya dengan tenang. Sebagai seorang kawan, janganlah terlalu mengharapkan semua orang akan kisah dengan apa yang berlaku. Tetapi cuba tengok di sekeliling anda siapa sebenarnya yang mengambil berat tentang kita. Tidak susah untuk melihatnya. Memang kawan di kala suka ramai tapi yang ada pada waktu susah hanya boleh dibilang dengan jari sahaja. Yang betul –betul mengambil berat memang ada. Tidak perlu dia bercakap memujuk dan berkata-kata. Cukuplah sekadar dengan gaya dia yang bersahaja dan sebenarnya itulah yang boleh menyentuh hati kita. Cukuplah dengan kata-kata semangat walaupun sebaris cuma tapi mampu membuatkan air mata menitis. Bagi saya inilah orang yang ikhlas berkawan dengan kita. Kita dapat rasa kewujudan dia dan kita akan lebih menghargai dia.
Dalam lumrah berkawan macam-macam jenis kawan yang akan kita jumpa dalam hidup kita. Selagi kita sendiri ikhlas dalam berkawan tidak perlulah kita mengharapkan mereka juga ikhlas. Walau apa pun yang jadi berkawanlah selagi anda mahu berkawan. Jangan hanya kerana sebab yang kecil terus mengasingkan diri dan jika itu berlaku kawan-kawan di sekeliling perlulah memahami keadaan si dia. Mungkin ada sesuatu yang terpendam yang tidak dapat diluahkan.
Akhir kata, selamat berkawan. Dalam berkawan tidak semestinya selalu indah tetapi ada kalanya mendung akan datang dan semestinya kita perlu mengatasinya sebaik mungkin.
Berkawan biar seribu berkasih biar pada yang Satu.