Pages

Saturday, November 12, 2011

Assignments...

Cuti pertengahan semester telah berlalu. Sekejap cuma seminggu di rumah bersama keluarga. Rasa tak hilang lagi rindu dan tak puas lagi bergurau senda di rumah. Namun kehidupan perlu diteruskan jua. Sepanjang seminggu berada di rumah buku-buku teks diketepikan disebabkan semua mid term exam sudah berlalu sebelum cuti. Alhamdulillah. Namun tugasan assignment yang banyak menyebabkan cuti ini diisi dengan mencari sebahagian info dan maklumat. Walaupun tidak semua berjaya disiapkan, tetapi ada jugalah perkembangannya. Minggu ini fokus saya adalah menyiapkan segala assignment yang telah dibekalkan kerana tarikh akhir penghantaran adalah pada minggu yang sama. Oleh itu, kenalah dibuat sedikit demi sedikit. Niat di hati nak elakkan dari kelam kabut dan tergesa-gesa dalam menyiapkan tugasan. Insyaallah. Niat dah ada namun kekuatan diperlukan untuk merealisasikannya...
Selamat menyiapkan segala yang perlu dan jangan lupa kuiz dan test yang akan datang di masa yang terdekat.
Selamat berjaya.

Sunday, November 6, 2011

Antara dua


Begitu sukar untuk memilih antara dua. Namun aku harus memilih salah satu. Maafkan aku andai pilihan aku ini membuatkan temanku bersedih dan berkecil hati. Aku tidak mampu untuk memilih keduanya. Aku perlu membuat pilihan bijak. Bagaikan terngiang-ngiang di telinga seorang teman pernah berkata pilihlah yang mana penting. Jangan membuat pilihan atas dasar kasihan ataupun kerana kawan. Kepada temanku jangan biarkan aku terkapai-kapai tanpa respond. Sungguh sukar perasaan ini. Rasa serba salah menghantui jiwa namun aku gagahkan jua untuk membuat pilihan yang terbaik. Pilihlah mana yang memberikan marginal benefit lebih daripada marginal cost. Dan aku yakin dengan pilihan ini. Sekali lagi aku ingin memohon maaf kepada temanku yang terasa. Diharapkan temanku itu mengerti perasaanku ini dan dapat menerima keputusanku ini dengan hati yang terbuka. Insyaallah.