Pages

Tuesday, March 29, 2011

Synerdina di hati






Semalam tanggal 28 March merupakan tanggal terakhir bagi kami ahli-ahli Synerdina meghadiri perjumpaan sebelum semester ini berakhir. Rasa sangat terharu dengan kehadiran Ceksu, Kak Yan, Kamil, Wawa, Ain, Ayue, Jue dan Asma. Walaupun tak semua yang hadir tapi kehadiran yang datang semalam pun sudah cukup bermakna. Terima kasih di atas segalanya terutamanya kepada tunjang kumpulan ini iaitu Wawa dan Kamil kerana tanpa mereka tiadalah pertemuan ini. Mereka telah berusaha sedaya upaya untuk semua itu. Terima kasih Wawa. Terima kasih Kamil..




Dan terima kasih diucapkan juga kepada trainers tersayang kami iaitu Ceksu dan Kak Yan kerna mereka sudi meluangkan masa untuk bersama dengan kami. Semoga kalian berdua sentiasa dirahmati Allah dalam setiap jua perkara yang kalian lakukan. Sangat bersyukur kerana Allah telah memilih saya sebagai anak buah kalian. Banyak perkara yang saya pelajari selama bersama kalian berdua. Terima kasih atas segalanya..
Kepada rakan-rakan seangkatan, terima juga diucapkan. Persahabatan yang kalian hulurkan sangat bermakna bagi saya. Sayang kalian semua.
Terima kasih Wawa, Ain, Jue, Kamil, Afnan, Faa, Ayue, Asma, Kina , Bairah, Nik, Kak Izzah dan Khairina. Terima kasih dia atas segalanya..
Semoga ukhuwah kita sentiasa subur mewangi....