Pages

Tuesday, December 27, 2011

Final Exam Semester 1 2011/2012

Akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu setiap penghujung semester menjelma jua. Kali ini jadual amat menyebelahi saya. Mana tidaknya jarak dari satu subjek ke satu subjek yang lain agak lama. Alhamdulillah walaupun bermula pada hari pertama dan habis pada hari penghujung saya amat bersyukur. Terima kasih Ya Allah. Masa yang ada akan digunakan sebaiknya. Insyaallah.
  1. 29 Dec- Public Finance
  2. 31 Dec- Method of Da’wah
  3. 5 Jan- Usul Fiqh 1
  4. 7 Jan- Intermediate Microeconomics 1
  5. 12 Jan- Intermediate Macroeconomics 2
  6. 14 Jan- Fiqh for Economists 2

Selamat Berjaya semua. Selagi masa masih ada gunakan ia sebaiknya. Disamping sibuk mempersiapkan diri untuk berjuang di medan peperiksaan, Allah tetap diutamakan. Banyakkan doa dan sentiasa mengingatinya. Berusaha, beramal, berdoa dan bertawakal. Semoga Allah mempermudahkan semuanya.
Allah doesn’t require you to “BE THE BEST”. He just wants you to “DO THE BEST” and He will take care of “THE REST”. Be strong and ALL THE BEST for the final exam…=)


Friday, December 23, 2011

When you say nothing, it does not mean it is nothing

Kata-kata di atas jika dibaca sepintas lalu memanglah tiada bermakna. Namun jika diteliti makna tersirat di sebaliknya kata-kata ini membawa makna yang tersendiri. Setiap orang mempunyai masalah tersendiri yang kadang kala tidak perlu diceritakan kepada semua orang. Memang susah untuk menuntut semua memahami keadaan kita. Namun kita sendiri perlu bersabar dan  cuba menyesuaikan diri dalam keadaan sekeliling. Jadilah seorang insan yang matang dari segi pemikiran dan sentiasa berfikiran positif. Memang senang diucapkan dengan kata-kata tetapi sebagai seorang insan kita mesti dan cuba memaksa diri untuk menjadi seorang yang matang dan positif. Cuba selagi terdaya. Jangan mudah berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya semuanya dalam keadaan yang baik.
Peliharalah fikiran daripada berfikir negative. Memang diakui saya sendiri berfikiran negative apabila sesuatu yang seperti mustahil untuk diterima. Namun masa mampu mangubahnya. Tetapi kadang kala perkara megatif muncul di fikiran. Maaf kepada sesiapa yang terasa. Saya tidak minta banyak cuma cubalah memahami keadaan saya dan carilah saya jika ada yang perlu dipastikan. Jangan cari orang lain. Jangan tanya orang ketiga kerana ianya hanya akan merumitkan keadaan. Saya sekarang cuba mengusir pergi segala beban fikiran yang tidak sepatutnya mengisi minda saya. Bantulah saya. Saya perlukan sokongan semua.
Masa yang rumit beginilah memperlihatkan yang mana satu kawan yang berkongsi suka dan duka dan yang hanya ada dikala suka. Terima kasih kepada kawan-kawanku yang tidak pernah jemu memberi nasihat, panduan dan sokongan. Saya amat hargainya. Terima kasih kerana sudi menadah telinga mendengar segala ketidakpuasan hati dan luahan hati di kala yang lain membisu seribu bahasa. Terima kasih teman. Saya tahu kamu tidak sama dengan yang lain dan saya harap sama-sama kita saling menyokong antara satu sama lain. Apa jua yang berlaku akan pada masa akan datang adalah ujian Allah untuk menguji sejauh mana kuatnya ikatan persahabatan kita. Terima kasih banyak-banyak. Gunalah masa yang ada tidak sampai setahun setengah ini sebaik mungkin untuk lebih memahami antara satu sama lain.

Wednesday, December 14, 2011

GMH, Research Dinner Night dan Assignment

Alhamdulillah minggu-minggu kritikal dilalui dengan penuh warna warni, suka dan duka. Dalam pada sibuk menyiapkan pelbagai assignment yang tarikh akhirnya dalam minggu yang sama pada awal bulan Disember, sempat juga saya menyertai program Spiritual Disturbance atau nama melayunya Gangguan Makhluk Halus yang diadakan pada 25 November 2011. Program ini sangat menarik kerana mengupas tentang isu-isu berkaitan seperti hysteria dan cara-cara yang betul untuk menghidarinya. Pelbagai tips dan ilmu dapat dipelajari sepanjang program ini daripada Ustaz Zunaidin dan Ustaz Abu Bakar.



Seminggu kemudian saya sempat mencurah tenaga untuk menjayakan Inspire Research Dinner yang diadakan pada 3 Disember yang lalu. Terima kasih kepada adik-adik biro saya iaitu Habib dan Taufiq yang bertungkus lumus dalam biro preparation dan technical untuk memastikan program pada malam itu berjalan dengan lancar. Dinner ini bertujuan untuk membentangkan tentang hasil survey-survey sepanjang tenure 2010/2011.



Dalam pada sibuk berprogram, Alhamdulillah semua kerja berkaitan assignment mampu disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Dan paling terharu semestinya group Public Finance yang berjaya membuat presentation dengan jayanya walaupun kekangan masa dan masalah-masalah sebelum, semasa dan selepas dapat diatasi dengan jayanya. Satu pengalaman dan ilmu yang cukup berguna tentang privatisation in Malaysia.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sama-sama menyiapkan assignment bersama-sama. Dan segala ilmu yang dikongsi dapat diparaktikkan pada masa akan datang. Fokus seterusnya semestinya final exam yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini.