Cuti pertengahan semester telah berlalu. Sekejap cuma seminggu di rumah bersama keluarga. Rasa tak hilang lagi rindu dan tak puas lagi bergurau senda di rumah. Namun kehidupan perlu diteruskan jua. Sepanjang seminggu berada di rumah buku-buku teks diketepikan disebabkan semua mid term exam sudah berlalu sebelum cuti. Alhamdulillah. Namun tugasan assignment yang banyak menyebabkan cuti ini diisi dengan mencari sebahagian info dan maklumat. Walaupun tidak semua berjaya disiapkan, tetapi ada jugalah perkembangannya. Minggu ini fokus saya adalah menyiapkan segala assignment yang telah dibekalkan kerana tarikh akhir penghantaran adalah pada minggu yang sama. Oleh itu, kenalah dibuat sedikit demi sedikit. Niat di hati nak elakkan dari kelam kabut dan tergesa-gesa dalam menyiapkan tugasan. Insyaallah....