Pages

Saturday, February 26, 2011

Sahabat


1. Kata-kata Imam al Ghazali 'Apabila kamu suka kepada seseorang itu, maka sukalah dengan berpada pada kerana mungkin pada suatu hari nanti kamu akan membencinya. Apabila kamu benci kepada seseorang itu, maka bencilah dengan berpada-pada, kerana mungkin pada suatu hari nanti kamu akan menyukainya'

2. 'sahabat itu dilihat dari agama ...' Setinggi-tinggi ukhuwwah ialah ithar (mengutamakan org lain dari kepentingan dirinya) , manakala serendah-rendah ukhuwwah ialah salamatus sodri (berbaik sangka)....

3. “Jika engkau ingin bersahabat dengan seseorang, buatlah dia marah. Maka, jika dia tetap berlaku adil kepadamu dalam kemarahannya, jadikanlah ia sahabatmu. Tetapi jika tidak demikian tinggalkanlah dia”-Saidina Ali-

4. ‘Sayangi sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya kemesraan. Kenangi sebuah persahabatan kerana di situ tercipta kerinduan, hargai kedua-duanya kerana itulah rahmat dari Tuhan.

5. ’Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdoa janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh.


Senarai kata-kata yang dipetik dari pelbagai sumber menunjukkan betapa pentingnya kehidupan bersahabat dalam kehidupan manusia. Bagi sesetengah orang, hidupnya tidak lengkap tanpa kehadiran seorang insan yang bernama sahabat. Sahabat merupakan insan yang terdekat dengan kita selain daripada ibu bapa kita sendirri. Sahabat yang baik bukan sahaja berkongsi suka bahkan sanggup bersusah payah membawa keceriaan dalam hidup ketika berada dalam waktu-waktu yang sukar. Sahabat yang baik dan memahami sangat sukar dicari tetapi sahabat yang hanya sekadar suka-suka sangat senang didapati. Terpulang kepada individu sendiri bagaimana mahu menilai sahabat sendiri. Bagi saya sendiri, sahabat sangat penting dalm kehidupan. Memang benar sesetengah orang boleh menjalani kehidupan seharian tanpa sahabat tapi bagi saya kehidupan kita akan lebih lengkap dengan kehadiran sahabat yang sejati selain keluarga kita sendiri. Ikhlaslah dalam menjalin persahabatan agar persahabatan yang dibina mendapat redha dari Allah.

0 comments:

Post a Comment