Pages

Thursday, September 8, 2011

Suka atau Tidak?

Mengapa aku pergi ke sana walaupun hati ini berat membisikkan supaya berpatah balik,Aku tidak bersedia lagi untuk menghadapi saat itu,Kenangan itu menjelma kembali di ingatan,Kelu lidah untuk berkata-kata tika berada di situ,Terasa bagaikan ingin lari dan bersembunyi sahaja,Namun aku perlu berlagak seperti tiada apa yang berlaku,Wahlal dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu,Aku perlu kuat dan tabah dalam menghadapinya,Pagi nan hening bertemu kembali,Namun lidah masih kelu untuk berkata-kata,Rencana Allah tiada siapa yang tahu,Tidak mustahil pada hari akan datang bertemu kembali,Hanya Allah yang mengetahui segalanya,Aku terima semuanya Ya Allah…...

Aidilfitri 1432H

Rasanya tidak terlambat lagi untuk menghulurkan salam Aidilfitri beserta dengan maaf zahir batin kepada semua. Ampun maaf atas segala salah dan silap. Alhamdulillah seperti tahun-tahun sebelumnya saya bersama keluarga mendapat peluang untuk menyambut kedatangan 1 Syawal di tanah tumpah kelahiran kami iaitu di Kelantan. Menjadi satu kemestian untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri kerana sambutan 1 Syawal di Seremban amat berlainan dan tidak semeriah berbanding di kampung. Kami telah bertolak pulang ke kampung di Pasir Mas pada 27 September 2011 pukul 4.30 pagi selepas sahur. Perjalanan yang biasanya mengambil masa 8 jam untuk tiba di destinasi bertambah kepada 12 jam disebabkan kesesakan lalu lintas. Kami sekeluarga sampai di rumah Tok...