Pages

Sunday, January 15, 2012

Kawan selamanya

Hari ini tergerak hati nak bercerita pasal ikhlas. Adakah selama ini bila kita buat sesuatu itu ikhlas atau semata-mata sebab lain. Hmm susah nak cakap kan. Apa pun semua yang kita buat mengikut niat sebenarnya. Apabila niat  menyimpang jauh dari matlamat asal itu yang jadinya tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu. Jadi betulkan niat anda sebelum melakukan sesuatu supaya semuanya berjalan dengan lancar.
Sebenarnya saya nak menulis tentang ikhlas dalam berkawan. Apabila kita ikhlas berkawan dengan seseorang segala susah dan senang kita nak berkongsi bersama-sama. Apabila dia sedih secara tidak langsung kita pun turut bersedih juga dan sebaliknya. Bagi saya, walau apa jua masalah dan situasi yang sukar muncul yang tidak dijangka-jangka untuk menguji sejauh mana ikhlasnya kita dalam berkawan perlulah hadapinya dengan tenang. Sebagai seorang kawan, janganlah terlalu mengharapkan semua orang akan kisah dengan apa yang berlaku. Tetapi cuba tengok di sekeliling anda siapa sebenarnya yang mengambil berat tentang kita. Tidak susah untuk melihatnya. Memang kawan di kala suka ramai tapi yang ada pada waktu susah hanya boleh dibilang dengan jari sahaja. Yang betul –betul mengambil berat memang ada. Tidak perlu dia bercakap memujuk dan berkata-kata. Cukuplah sekadar dengan gaya dia yang bersahaja dan sebenarnya itulah yang boleh menyentuh hati kita. Cukuplah dengan kata-kata semangat walaupun sebaris cuma tapi mampu membuatkan air mata menitis. Bagi saya inilah orang yang ikhlas berkawan dengan kita. Kita dapat rasa kewujudan dia dan kita akan lebih menghargai dia.
Dalam lumrah berkawan macam-macam jenis kawan yang akan kita jumpa dalam hidup kita. Selagi kita sendiri ikhlas dalam berkawan tidak perlulah kita mengharapkan mereka juga ikhlas. Walau apa pun yang jadi berkawanlah selagi anda mahu berkawan. Jangan hanya kerana sebab yang kecil terus mengasingkan diri dan jika itu berlaku kawan-kawan di sekeliling perlulah memahami keadaan si dia. Mungkin ada sesuatu yang terpendam yang tidak dapat diluahkan.
Akhir kata, selamat berkawan. Dalam berkawan tidak semestinya selalu indah tetapi ada kalanya mendung akan datang dan semestinya kita perlu mengatasinya sebaik mungkin.
Berkawan biar seribu berkasih biar pada yang Satu.     


0 comments:

Post a Comment