Pages

Sunday, May 1, 2011

TOP-UP at AIT 2011

Pada 18 hingga 21 April, INSPIRE CLUB telah mengadakan Advance Intensive Training(AIT) untuk Karisma 11 atau Inspire 02. AIT merupakan program yang wajib dihadiri oleh semua fasi Inspire Club. Disini adik-adik fasi telah didedahkan dengan pelbagai perkara yang sangat berguna sebagai persediaan untuk turun FRIENDS kelak. 
Saya telah diamanahkan untuk menerajui adik-adik fasi yang baru bagi kumpulan 4 yang sebulat suara menamakan kumpulan ini sebagai TOP-UP. Saya bersama Hajar telah diamanahkan sebagai trainer untuk kumpulan ini.
Kepada partnerku, Hajar yang disayangi dan dikasihi, aku rasa sangat bertuah sebab dapat bersama dengan kau sebagai pasangan trainer. Aku harap kita dapat bekerjasama dengan baik dan menjalankna tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya. Aku rasa sangat gembira dapat dapat partner dengan kau....Selamat bekerjasama.....

 Adik-adik TOP-UP yang akak sayangi dan kasihi
  • Afnan
  • Fikri
  • Acap
  • Faiz
  • Nurul
  • Aisyah
  • Thahirah
  • Nabilah 
  • Wan
  • Iera
  • Amal
  • Bariah
  • Tiqa
      Kepada adik-adik semua akak harap sangat kita dapat kuatkan ukhuwah sesama kita supaya nanti kita akan lebih rasa akan manisnya ikatan yang kita bina masa AIT. Semua tu tak mustahil asalkan hati ikhlas dam semua ada inisiatif untuk sama-sama menjadi lebih rapat lagi. Dan selamat bekerjasama semua....                                                                                                

Friday, April 1, 2011

life is full of test

Ya Allah,
Amat sukar bagiku kali ini untuk menghapuskan rasa itu,
Aku tidak mengetahui mengapa,
Tetapi aku pasti kerana keadaan sekeliling yang menjadikan aku semakin sukar untuk membuang jauh perasaan itu,

Ya Allah,
Berilah aku kekuatan untuk menghadapinya di kala peperiksaan sedang berlangsung,
Jauhkan fikiran aku dari memikirkan perkara ini,
Aku tidak mahu perkara ini menjadikan aku bukan aku yang sebenarnya,
Aku penat dan aku tidak rela orang di sekeliling aku merasai tempiasnya.

Aku bermohon kepadamu Ya Allah,
Jadikan aku seorang insan yang teguh pendirian,
Jadikan aku seorang insan yang kuat dan cekal dalam menghadapi apa jua dugaan dan cabaran hidup,
Jadikan aku seorang insan yang sentiasa bersyukur dengan rahmat dan kurnia darimu,
Terima kasih Ya Allah kerana aku tahu Kau menyayangi hambamu ini….
Alhamdulillah……

Tuesday, March 29, 2011

Synerdina di hati






Semalam tanggal 28 March merupakan tanggal terakhir bagi kami ahli-ahli Synerdina meghadiri perjumpaan sebelum semester ini berakhir. Rasa sangat terharu dengan kehadiran Ceksu, Kak Yan, Kamil, Wawa, Ain, Ayue, Jue dan Asma. Walaupun tak semua yang hadir tapi kehadiran yang datang semalam pun sudah cukup bermakna. Terima kasih di atas segalanya terutamanya kepada tunjang kumpulan ini iaitu Wawa dan Kamil kerana tanpa mereka tiadalah pertemuan ini. Mereka telah berusaha sedaya upaya untuk semua itu. Terima kasih Wawa. Terima kasih Kamil..




Dan terima kasih diucapkan juga kepada trainers tersayang kami iaitu Ceksu dan Kak Yan kerna mereka sudi meluangkan masa untuk bersama dengan kami. Semoga kalian berdua sentiasa dirahmati Allah dalam setiap jua perkara yang kalian lakukan. Sangat bersyukur kerana Allah telah memilih saya sebagai anak buah kalian. Banyak perkara yang saya pelajari selama bersama kalian berdua. Terima kasih atas segalanya..
Kepada rakan-rakan seangkatan, terima juga diucapkan. Persahabatan yang kalian hulurkan sangat bermakna bagi saya. Sayang kalian semua.
Terima kasih Wawa, Ain, Jue, Kamil, Afnan, Faa, Ayue, Asma, Kina , Bairah, Nik, Kak Izzah dan Khairina. Terima kasih dia atas segalanya..
Semoga ukhuwah kita sentiasa subur mewangi....