Pages

Tuesday, December 27, 2011

Final Exam Semester 1 2011/2012

Akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu setiap penghujung semester menjelma jua. Kali ini jadual amat menyebelahi saya. Mana tidaknya jarak dari satu subjek ke satu subjek yang lain agak lama. Alhamdulillah walaupun bermula pada hari pertama dan habis pada hari penghujung saya amat bersyukur. Terima kasih Ya Allah. Masa yang ada akan digunakan sebaiknya. Insyaallah.29 Dec- Public Finance 31 Dec- Method of Da’wah 5 Jan- Usul Fiqh 1 7 Jan- Intermediate Microeconomics 1 12 Jan- Intermediate Macroeconomics 2 14 Jan- Fiqh for Economists 2 Selamat Berjaya semua. Selagi masa masih ada gunakan ia sebaiknya. Disamping sibuk mempersiapkan diri untuk berjuang di medan peperiksaan, Allah tetap diutamakan. Banyakkan doa dan sentiasa mengingatinya. Berusaha,...

Friday, December 23, 2011

When you say nothing, it does not mean it is nothing

Kata-kata di atas jika dibaca sepintas lalu memanglah tiada bermakna. Namun jika diteliti makna tersirat di sebaliknya kata-kata ini membawa makna yang tersendiri. Setiap orang mempunyai masalah tersendiri yang kadang kala tidak perlu diceritakan kepada semua orang. Memang susah untuk menuntut semua memahami keadaan kita. Namun kita sendiri perlu bersabar dan  cuba menyesuaikan diri dalam keadaan sekeliling. Jadilah seorang insan yang matang dari segi pemikiran dan sentiasa berfikiran positif. Memang senang diucapkan dengan kata-kata tetapi sebagai seorang insan kita mesti dan cuba memaksa diri untuk menjadi seorang yang matang dan positif. Cuba selagi terdaya. Jangan mudah berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya semuanya dalam keadaan yang baik. Peliharalah fikiran daripada...

Wednesday, December 14, 2011

GMH, Research Dinner Night dan Assignment

Alhamdulillah minggu-minggu kritikal dilalui dengan penuh warna warni, suka dan duka. Dalam pada sibuk menyiapkan pelbagai assignment yang tarikh akhirnya dalam minggu yang sama pada awal bulan Disember, sempat juga saya menyertai program Spiritual Disturbance atau nama melayunya Gangguan Makhluk Halus yang diadakan pada 25 November 2011. Program ini sangat menarik kerana mengupas tentang isu-isu berkaitan seperti hysteria dan cara-cara yang betul untuk menghidarinya. Pelbagai tips dan ilmu dapat dipelajari sepanjang program ini daripada Ustaz Zunaidin dan Ustaz Abu Bakar. Seminggu kemudian saya sempat mencurah tenaga untuk menjayakan Inspire Research Dinner yang diadakan pada 3 Disember yang lalu. Terima kasih kepada adik-adik biro saya...