Pages

Friday, December 23, 2011

When you say nothing, it does not mean it is nothing

Kata-kata di atas jika dibaca sepintas lalu memanglah tiada bermakna. Namun jika diteliti makna tersirat di sebaliknya kata-kata ini membawa makna yang tersendiri. Setiap orang mempunyai masalah tersendiri yang kadang kala tidak perlu diceritakan kepada semua orang. Memang susah untuk menuntut semua memahami keadaan kita. Namun kita sendiri perlu bersabar dan  cuba menyesuaikan diri dalam keadaan sekeliling. Jadilah seorang insan yang matang dari segi pemikiran dan sentiasa berfikiran positif. Memang senang diucapkan dengan kata-kata tetapi sebagai seorang insan kita mesti dan cuba memaksa diri untuk menjadi seorang yang matang dan positif. Cuba selagi terdaya. Jangan mudah berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya semuanya dalam keadaan yang baik.
Peliharalah fikiran daripada berfikir negative. Memang diakui saya sendiri berfikiran negative apabila sesuatu yang seperti mustahil untuk diterima. Namun masa mampu mangubahnya. Tetapi kadang kala perkara megatif muncul di fikiran. Maaf kepada sesiapa yang terasa. Saya tidak minta banyak cuma cubalah memahami keadaan saya dan carilah saya jika ada yang perlu dipastikan. Jangan cari orang lain. Jangan tanya orang ketiga kerana ianya hanya akan merumitkan keadaan. Saya sekarang cuba mengusir pergi segala beban fikiran yang tidak sepatutnya mengisi minda saya. Bantulah saya. Saya perlukan sokongan semua.
Masa yang rumit beginilah memperlihatkan yang mana satu kawan yang berkongsi suka dan duka dan yang hanya ada dikala suka. Terima kasih kepada kawan-kawanku yang tidak pernah jemu memberi nasihat, panduan dan sokongan. Saya amat hargainya. Terima kasih kerana sudi menadah telinga mendengar segala ketidakpuasan hati dan luahan hati di kala yang lain membisu seribu bahasa. Terima kasih teman. Saya tahu kamu tidak sama dengan yang lain dan saya harap sama-sama kita saling menyokong antara satu sama lain. Apa jua yang berlaku akan pada masa akan datang adalah ujian Allah untuk menguji sejauh mana kuatnya ikatan persahabatan kita. Terima kasih banyak-banyak. Gunalah masa yang ada tidak sampai setahun setengah ini sebaik mungkin untuk lebih memahami antara satu sama lain.

0 comments:

Post a Comment