Pages

Saturday, February 26, 2011

Sahabat


1. Kata-kata Imam al Ghazali 'Apabila kamu suka kepada seseorang itu, maka sukalah dengan berpada pada kerana mungkin pada suatu hari nanti kamu akan membencinya. Apabila kamu benci kepada seseorang itu, maka bencilah dengan berpada-pada, kerana mungkin pada suatu hari nanti kamu akan menyukainya'

2. 'sahabat itu dilihat dari agama ...' Setinggi-tinggi ukhuwwah ialah ithar (mengutamakan org lain dari kepentingan dirinya) , manakala serendah-rendah ukhuwwah ialah salamatus sodri (berbaik sangka)....

3. “Jika engkau ingin bersahabat dengan seseorang, buatlah dia marah. Maka, jika dia tetap berlaku adil kepadamu dalam kemarahannya, jadikanlah ia sahabatmu. Tetapi jika tidak demikian tinggalkanlah dia”-Saidina Ali-

4. ‘Sayangi sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya kemesraan. Kenangi sebuah persahabatan kerana di situ tercipta kerinduan, hargai kedua-duanya kerana itulah rahmat dari Tuhan.

5. ’Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdoa janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh.


Senarai kata-kata yang dipetik dari pelbagai sumber menunjukkan betapa pentingnya kehidupan bersahabat dalam kehidupan manusia. Bagi sesetengah orang, hidupnya tidak lengkap tanpa kehadiran seorang insan yang bernama sahabat. Sahabat merupakan insan yang terdekat dengan kita selain daripada ibu bapa kita sendirri. Sahabat yang baik bukan sahaja berkongsi suka bahkan sanggup bersusah payah membawa keceriaan dalam hidup ketika berada dalam waktu-waktu yang sukar. Sahabat yang baik dan memahami sangat sukar dicari tetapi sahabat yang hanya sekadar suka-suka sangat senang didapati. Terpulang kepada individu sendiri bagaimana mahu menilai sahabat sendiri. Bagi saya sendiri, sahabat sangat penting dalm kehidupan. Memang benar sesetengah orang boleh menjalani kehidupan seharian tanpa sahabat tapi bagi saya kehidupan kita akan lebih lengkap dengan kehadiran sahabat yang sejati selain keluarga kita sendiri. Ikhlaslah dalam menjalin persahabatan agar persahabatan yang dibina mendapat redha dari Allah.

Thursday, January 27, 2011

Mid sem break...

Cuti mid semester muncul lagi..lagi dua hari cuti akan bermula..namun saya tidak boleh pulang awal ke rumah seperti rakan2 yang lain kerana ada tanggungjawab yang perlu dihadiri..mengikut jadual pada 29 dan 30 Januari akan datang ada Training of Trainers(TOT) of INSPIRE CLUB…semoga program ini dapat membawa seribu manfaat kepada kami trainer2 yang baru ini…

Biasanya minggu sebelum cuti ini saya akan sibuk dengan mid term exam…namun pada sem ini, semua mid term exam saya lepas cuti…hari2 bertuah saya selepas cuti:

7 Feb-Intermediate Macroeconomics 1

10 Feb-Financial Management 1, Ethics(UNGS 2050) and Management Information System(MIS)

11 Feb-Principles of Marketing


aduhai cuti saya tidak macam cuti la nanti…cuti ni mesti belajar sungguh2 untuk dapatkan carry marks yang tinggi..Insyaallah..siap ada 3 subjek dalam sehari...sangat menarik..apa2 pun ni baru sikit..pokok pangkalnya diri sendiri...bila ada usaha Insyaallah ada hasilnya nanti..

Dan cuti ini saya harus memikirkan juga assignments yang hanya menunggu masa untuk dihantar..Bagus juga sebab bila keadaan macam ini mengajar saya menghargai masa…dan untuk itu saya akan cuba menyiapkan apa yang termampu sebelum pulang ke rumah untuk mengulang kaji pelajaran…hahaha…tiba2 rasa macam kembali ke zaman sekolah pula…

Semoga berjaya mengharungi cuti pada kali ini…

Friday, January 14, 2011

Maafkan aku.....

Hari ini tapi lebih tepat lagi baru je sebentar tadi tatkala hati dan minda tgh berperang berkecamuk dengan pelbagai perkara yang timbul akhirnya kesabaran semakin menipis...
Pabila kosentrasi telah terganggu dengan perkara2 sekeliling hati ini mudah untuk melenting...Inilah kelemahan insan yang selalu ada...Saya juga akui saya tergolong dalam golongan ini...Saya tidak suka dengan perasaan ini...Ini boleh menyebabkan saya hilang tumpuan terhadap apa yang saya lakukan tatkala perasaan ini hadir....
Ya Allah....
Bantulah hambamu ini mengusir segala perasaan ini.....
Sukar sebenarnya untuk menghadapi tatkala yang berada di sekeliling adalah insan2 yang rapat dengan diri ini....
Wahai temanku....
Aku harap anda mengerti situasi aku di kala itu...
Aku tidak berniat marah terhadap kalian...
Namun berilah aku sedikit ruang....
Terima kasih atas segalanya....

Friday, December 31, 2010

Baktisiswa Road to Kedah 2010

Hari ini semangat untuk menulis di blog yang tidak seberapa ni berkobar-kobar pula...Disini saya ingin berkongsi tentang program yang saya sertai pada 7-11 Disember 2010 yang lepas...Saya telah terpilih untuk menyertai program Baktisiswa ke Kg. Tepi Sungai, Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman...Sebelum berangkat ke sana hati ini berdebar-debar memikirkan siapa keluarga angkat dan juga kawan-kawan yang bakal tinggal bersama selama berada di sana... Kami perlu berada disini sehari lebih awal kerana perlu menghadiri Induction Course pada 6 Disember terlebih dahulu...Induction ini bertujuan supaya peserta-peserta program ini dapat mengenali antara satu sama lain...Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang hari itu...


salah satu checkpoint explorace
Keluarga Inspire
Perjalanan dimulakan pada pagi 7 Disember...Perjalanan memakan masa setengah hari...Setelah tiba disana kami telah dibahagikan kepada keluarga angkat...Berdebar-debar hati untuk berjumpa keluarga angkat...

Dari kiri: saya, Shafiyah, Mak Kamariah, Nurul, Suhana dan Awin



Inilah teratak kami berteduh sepanjang berada di Kedah

Pada entri kali ini saya ingin berkongsi gambar-gambar kenangan yang sempat dirakamkan sempena program kali ini...Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan ini merupakan pengalaman baru saya...

Saya telah diletakkan dalam biro Module and Training...Inilah kenangan tag saya...Yang kuning tu semua komiti dapat tapi yang hijau untuk komiti Module and Training untuk Induction Course...Dan dibawah ini adalah antara aktiviti yang dijalankan oleh biro saya khas untuk adik-adik di Kg.Tepi Sungai...



Selain itu, banyak lagi yang sempat saya lakukan bersama kawan-kawan terutamanya Awin dan Shafiyah...Kami sempat menyiang ikan yang berbaki beberapa kilo dari 20 kilo...


Sempat juga saya bersama Shafiyah melihat keunikan disini iaitu Pasar Bisik-bisik Ikan...

Ini adalah gambar ketika main explorace pada pagi yang agak mendung...

Dan akhir kata, program ini memberikan banyak manfaaat kepada diri saya...Disini saya dapat mempelajari banyak perkara dalam kehidupan ini...Abah angkat saya banyak memberi nasihat kepada kami berlima dalam melayari kehidupan di hari muka...Semoga kami dapat mempraktikkan apa yang dipelajari disini dalam kehidupan kami...Insyaallah....
Diharap juga kami dapat datang lagi di kampaung ini pada masa hadapan....Insyaallah...

Sepetang di tepi pantai


Bergambar sebelum balik ke UIA

Emosi dan rasional...

Sudah lama rasanya tidak menjenguk blog ni...entah la dalam kepala ada sebenarnya yang nak ditulis namun tidak terluah dalam bentuk kata2...Namun hari ini saya mahu menulis sesuatu...
Sebagai seorang perempuan emosi tidak dapat dipisahkan...Kadang2 tindakan yang dipamerkan tatkala menghadapi sesuatu di luar jangkaan...Ini mungkin kerana ketidakrasionalan dalam berfikir dengan waras dan rasional...Pada pendapat saya, dia harus diberi sedikit masa untuk menenangkan fikiran...Insyaallah setelah diberi masa yang cukup,dia dapat berfikir adakah tindakan yang diambil betul atau salah...Memang betul apabila ada yang berkata masa itu pengubat segala masalah...Namun orang sekeliling harus memahami situasi ini...Tidak semestinya menghakimi mereka tanpa mengetahui gejolak rasa yang bermain di hati setiap perempuan yang mempunyai masalah seperti ini...Namun apa yang boleh dilakukan adalah dengan menerima segalanya dengan redha dan tabah...Percayalah setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya...Apa yang penting percaya semua yang berlaku adalah ketentuan takdir dari Allah...Jangan pernah menyalahkan orang lain apa yang telah terjadi...Ambil semua yang terjadi dengan positif dan elakkan diri dari berfikir negatif terhadap perkara2 yang mengganggu emosi...
Akhir kata,kita haruslah bersabar dalam setiap apa jua rintangan dan dugaan yang datang dalama hidup kita...Ambil ia sebagai ujian dari Allah kepada hambanya untuk mengharungi hidup ini dengan lebih tabah...

Thursday, November 4, 2010

H.A.T.I


Hati
Betapa sukar menjaganya
Hati sendiri, hati orang lain
Sangat sukar untuk menjaganya
Ya Allah kuatkan hatiku dalam menempuhi dugaan ini
Aku tahu ini hanyalah sedikit dugaan yang kau berikan untukku
Ya Allah kuatkan hatiku dalam menghadapinya
Aku tahu ada hikmah di sebalik dugaan ini
Mungkin aku akan berkelana dan bersedih pada tika ini
Tapi siapa tahu aku akan tersenyum bahagia pada waktu yang ditetapkan oleh-Mu
Padamu Ya Allah aku berserah

Saturday, October 16, 2010

Luahan rasa

Hidup ini umpama roda...bila di atas bermakna kita dalam keadaan yang senang...bila di bawah tidak semestinya kita yang gagal dalam kehidupan...apa yang penting usaha ke arah tujuan dan objektif yang ingin dicapai...halangan dan dugaan adalah perkara biasa...jika semua ini tiada,kita tidak akan belajar dari kesilapan,ketidakmatangan dalam membuat sesuatu keputusan..semua ini adalah pengalaman hidup yang berharga bagi setiap individu..bersyukurlah dengan apa yang ada dalam kehidupan kita....