Pages

Monday, March 28, 2011

Exam..



Penghujung semester 2 2010/2011 kian menghampiri. Sesungguhnya pelbagai peristiwa dan perkara telah berlaku sepanjang semester ini. Namun, saya tidak mahu bercerita tentang itu. Tetapi yang pastinya semua orang dan termasuk saya juga sekarang ini sibuk mempersiapkan diri untuk menghadapi Final Exam.

Apabila sebut sahaja Final Exam, pelbagai perkara yang terlintas di fikiran. Pada ketika ini juga baru menyedari bahawasanya banyak lagi perkara yang berkaitan dengan subjek belum lagi dibaca. Masing-masing sibuk menelaah pelajaran dan khusyuk belajar sehinggakan ada sesetengah dari kita yang terlupa kepada beberapa perkara seperti kesihatan diri dan sebagainya.

Apa yang penting jangan kita lupa kepada Allah. Berdoalah mengadulah kepada Allah kerana nescaya Allah akan membantu hambanya. Banyakkan membacA AL-QURAN, berdoa, berzikir kepada Allah supaya hati kita tenang untuk menghadapi peperiksaan. Dan istiqamahlah melakukan semua perkara ini selepas exam dan tidak hanya melakukannya kerana exam semata-mata. Satu lagi, jangan lupa minta restu mak ayah di rumah kerana dengan restu merekalah Insyaallah kita akan berjaya.

Kali ini, saya bersyukur kerana jadual exam saya tidak berturut. Alhamdulillah syukur kepada Allah..

2 April- PPRINCIPLES OF MARKETING

3 April- ETHICS AND FIQH FOR EVERYDAY LIFE

6 April- MANAGEMENT INFORMATION SYSTEMS

9 April- FINANCIAL MANAGEMENT 1

11 April- INTERMEDIATE MACROECONOMICS 1

Kepada rakan-rakan selamat Berjaya dalam final exam!

Saturday, March 19, 2011

W.A.K.T.U

Ambillah waktu untuk berfikir

Itu adalah sumber kekuatan

Ambillah waktu untuk bermain

Itu rahsia dari masa muda yang abadi

Ambillah waktu untuk membaca

Itu adalah sumber kebijaksanaan

Ambillah waktu untuk berdoa

Itu adalah sumber kekuatan terbesar di muka bumi

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai

Itu adalah hak istimewa yang diberi Tuhan

Ambillah waktu untuk bersahabat

Itu adalah jalan menuju kebahagiaan

Ambillah waktu untuk tertawa

Itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa

Ambillah waktu untuk memberi

Itu adalah hari yang sangat singkat

Untuk kepentingan diri sendiri

Ambillah waktu untuk bekerja

Itu adalah nilai yang mendatangkan hasil

Ambillah waktu untuk beriman

Itu adalah kunci menuju ke syurga

You can’t manage time.

You manage your use of it or else time will manage you!!

Dipetik dari buku “Mencari Makna Hidup” karya Parlindungan Marpaung

Wednesday, March 9, 2011

Cara-cara membersihkan hati

Beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu- allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).


7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).


8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

Ya Allah, bersihkan hatiku dari segala rasa yang tidak sepatutnya...

Jauhkan aku dari segala sifat cemburu dan dengki kepada orang lain..

Ya Allah, kuatkan hatiku dalam mengadapi apa jua rintangan dan dugaan hidup..

Hanya padamu aku berserah Ya Allah...

Monday, March 7, 2011

Puisi Ketika Cinta Bertasbih

Puisi Ketika Cinta Bertasbih

Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri menjadi mawar

Mengubah cuka jadi anggur

Mengubah sedih jadi riang

Mengubah amarah jadi ramah

Mengubah musibah jadi muhibbah

Itulah cinta

Sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar

Namun jika cinta kudatangi

Aku jadi malu pada keteranganku sendiri

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan

Namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang

Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya

Kata-kata pecah berkeping-keping

Begitu sampai kepada cinta

Dalam menguraikan cinta

Akal terbaring tak berdaya

Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur

Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan

Friday, March 4, 2011

Masa

Bulan 3 memang merupakan bulan yang memenatkan bagi saya. Pada bulan ini, pelbagai perkara harus saya selesaikan. Segala macam assignment dan juga kuiz, replacement mid term perlu saya lalui dalam bulan ini. Bulan 3 juga merupakan bulan terakhir untuk semester ini sebelum saya dan rakan-rakan menduduki peperiksaan akhir semester. Pejam celik, pejam celik sekejap sungguh masa ini berlalu. Kita memang seringkali terlupa dengan peredaran masa. Kadang-kadang kita tidak menyedari bahawasanya masa telah berlalu meninggalkan kita. Masa yang telah berlalu tidak dapat diputar kembali. Seharusnya dan sewajibnya kita menghargai masa kerana masa itu sangat berharga. Kita tidak akan dapat menggantikan masa yang telah berlalu dengan masa yang lain. Oleh itu, saya mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan yang lain hargailah masa kerana masa yang telah hilang tidak mungkin datang kembali kerana setelah ianya berlalu masa itu tidak akan muncul kembali.

Monday, February 28, 2011

Suka vs. Cinta

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Sunday, February 27, 2011

Teguran Itu Penting Dalam Kehidupan

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.

Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?

Ingat..

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Dipetik dari: http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/929-teguran-itu-penting-dalam-kehidupan.html