Pages

Friday, June 17, 2011

F.R.I.E.N.D.S

Group 4 Top-up telah diamanahkan untuk menyempurnakan F.R.I.E.N.D.S pertama dari SMK Miharaja yang sepatutnya diadakan pada minggu pertama semester  14- 15 Jun 2011. Namun program itu terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Saya dan Program Manager iaitu Fikri sangat sedih dan terkilan atas penagguhan program tersebut kerana sebahagian perkara telah diselesaikan. Namun saya percaya ada hikmah atas penangguhan tersebut.



Disebabkan penagguhan oleh pihak SMK Miharja, F.R.I.E.N.D.S kami telah digantikan dengan program dari SM Integrasi Sains Tahfiz, Bandar Tun Razak. Program ini telah diaidakan pada 17 Julai 2011 bertempat di Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah kerana sekolah ini merupakan sekolah baru yang belum dilengkapi dengan kemudahan. Nature program ini adalah ke arah motivasi dan group binding.
Alhamdulillah komitmen yang diberikan oleh adik-adik group Top-up sangat bagus. Kesemua ahli group dapat menyertai program kali ini. Saya bersama partner saya, Hajar sangat gembira dan terharu dengan komitmen mereka. Terima kasih adik-adik semua.
Saya bersama partner trainer saya, Hajar

Selepas aktiviti sport tapi sayangnya Acap hilang..huhuhu...
Terima kasih kepada observer yang sudi datang meluangkan masa melihat perjalanan program ini terutamanya kepada trainers saya iaitu Ceksu. Terima kasih juga diucapkan kepada Kak Hany, Kak Mim, Fatin yang sudi meluangkan masa menemani Hajar di kala saya perlu pulang ke UIA kerana tuntutan kelas. Kepada Abg Paan, Abg Kamil, Kak Wawa, Ain, Izzah, Intan dan juga Faa terima kasih kerana sudi menjenguk walaupun seketika. Jasa kalian semua amatlah kami hargai.
Dengan apa yang terjadi sepanjang waktu program berlangsung banyak mengajar saya dan lain-lain tentang pentingnya perancangan yang betul. Setiap program yang akan dijalankan perlulah mempunyai kata sepakat bersama antara pihak komiti dan juga cikgu agar tiada masalah serius berlaku.
Dalam pada itu, pada minggu seterusnya iaitu pada 28 dan 29 Julai 2011 saya bersama Hajar berpeluang untuk mengikuti program F.R.I.E.N.S dibawah kelolaan kumpulan 1 iaitu Road Runner. Nature adalah motivasidan pesertanya adalah 75 orang yang terdiri dari adik-adik darjah 4,5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan. Program pada kali ini dijalankan di Kem Asli Adventure di Hulu Langat. Apa yang membuatkan saya teruja adalah kerana persekitaran kem yang begitu damai dan cantik. Adik-adik dari kumpulan saya yang berkelapangan untuk memcurahkan tenaga ialah Acap dan Faiz. Terima kasih banyak kerana sudi menolong kumpulan Road Runner. Kamu semua memang terbaik.
 Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar walaupun dipenuhi dengan kisah “miscommunication”. Apa yang dapat disimpulkan melalui program kali ini ialah komunikasi antara dua hala amat penting dalam melaksanakan sesuatu program untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. Terima kasih diucapkan kepada trainer kumpulan ini terutamanya Cik Quya Nan kerana sudi menjemput kami berdua untuk memeriahkan suasana dan terima kasih juga kepada Raed sebagai rakan trainer yang baik dan cameraman kami bertiga di kala adik-adik sibuk berprogram. Tidak lupa kepada adik-adik Road Runner, terima kasih dengan kerjasama yang semua berikan. Akak sangat seronok bekerja dengan kamu semua. Kamu memang terbaik. Insyaallah kita akan bekerjasama lagi di program akan datang.
Sebelum aktiviti sukan bermula

Adik-adik yang bersemangat

Dalam masa yang sama satu lagi F.R.I.E.N.D.S berlangsung di Kem Sg. Tekala. Program ini bernaturekan hardcore dari adik-adik SMK Subang Bestari dikelolakan oleh kumpulan 5 iaitu Romana. Wakil kumpulan kami yang menyertai program ini ialah Thahirah, Nabilah dan Tiqa. Semoga pengalaman adik-adik dalam program ini dapat memenuhkan lagi ilmu di dada supaya sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan untuk program akan datang.
  Dan semasa entri ini ditulis adik-adik Top-up sedang dalam perancangan untuk F.R.I.E.N.D.S seterusnya iaitu pada 8-10 Julai 2011 dari SMK Rawang. Semoga apa jua perancangan yang dilakukan dapat memudahkan kerja adik-adik semua di kemudian hari.

Tuesday, May 31, 2011

Bertemu Cinta

Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata

Chorus
Bertemu cinta kita akhirnya
Setelah tangis tanpa suara
Bertemu cinta bagai cahaya
 Menyuluh hati menjadi kasih sejati


Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan

Ulang Chorus
Lantaran kasihmu dan kasihku
Tiada rahsia pemisah kata

Bertemu cinta di ambang syurga
Mengutus doa biar menjadi anugerah
Bertemu cinta indah sempurna
Sedetik tidak hilang ragu dan percaya

*OST Nur Kasih The Movie

Friday, May 27, 2011

Selamat Hari Lahir Ama dan Abah




Bulan 5 setiap tahun merupakan bulan yang cukup istimewa bagi setiap orang. Pada bulan ini dua peristiwa penting disambut oleh masyarakat tidak kira peringkat usia iaitu sambutan Hari Ibu dan Hari Guru. Namun bulan 5 amat istimewa bagi saya kerana sambutan hari kelahiran kedua-dua ibu bapa saya yang tersayang.
Mak saya dilahirkan pada 10 Mei 1958 di Kg. Tanjung Rendang, Kelantan. Terima kasih saya ucapkan kepada nenek saya kerana melahirkan seorang anak yang merupakan ibu yang terbaik untuk kami adik-beradik. Ama tidak pernah merungut melayan karenah kami tiga beradik yang pelbagai dan berubah mengikut mood masing-masing. Ama cukup memahami dan tidak pernah memaksa kami melakukan sesuatu yang kami tidak sukai untuk dilakukan. Terima kasih ama atas segalanya yang ama lakukan untuk along dan juga adik-adik. Ama telah banyak berkorban untuk kami semua semata-mata untuk kebahagiaan kami.


Puan Bidah Othman

Abah saya dilahirkan pada 17 Mei 1961 di Kg. Dabong, Kelantan. Abah adalah abah terbaik kami sekeluarga. Abah tidak pernah meninggikan suara kepada kami adik beradik walaupun kadangkala kami melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Abah bijak mengawal keadaan. Walaupun abah seorang yang senyap tapi apabila abah bersuara isinya cukup bernas dan adakalanya menusuk kalbu. Terima kasih kerana sangat sabar dengan along yang sukar dijangka. Suka buat perkara sesuka hati. Segala penat keringat abah bekerja untuk menyara keluarga kita amat along hargai. Abah sanggup bangun dari tidur tatkala orang lain sedang nyeyak tidur demi mencari rezeki untuk keluarga. Tidak semua orang sanggup melakukan perkara seperti itu. Terima kasih abah.


En. Ramli Mat Jusoh
Along tidak mampu memberi hadiah yang mahal harganya untuk ama dan abah. Apa yang along mampu berikan adalah kiriman doa untuk kalian berdua. Along dan adik-adik sangat sayang kalian berdua. Kalianlah ibu ayah yang terbaik. Kami amat bersyukur atas rahmat kurniaan Allah. Segala apa yang kita lalui sepanjang hidup ini amat bermakna untuk along jadikan pengajaran dan pedoman hidup. Susah dan senang kita lalui bersama. Susah dan senang yang ama lalui bersama abah cukup membuat along memahami tentang hakikat hidup ini.


Keluarga saya

Terima kasih ama……….

Terima kasih abah………
Along sayang ama dan abah……..

Thursday, May 5, 2011

Muhasabah Cinta


 Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan…
Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu

Tak pandai aku bersyukur

Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah

Mengalun berzikir di kidung doaku

Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya ilahi….

Muhasabah cintaku…


Tuhan… 
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati

Pertemukan aku denganMu..