Pages

Friday, May 27, 2011

Selamat Hari Lahir Ama dan Abah




Bulan 5 setiap tahun merupakan bulan yang cukup istimewa bagi setiap orang. Pada bulan ini dua peristiwa penting disambut oleh masyarakat tidak kira peringkat usia iaitu sambutan Hari Ibu dan Hari Guru. Namun bulan 5 amat istimewa bagi saya kerana sambutan hari kelahiran kedua-dua ibu bapa saya yang tersayang.
Mak saya dilahirkan pada 10 Mei 1958 di Kg. Tanjung Rendang, Kelantan. Terima kasih saya ucapkan kepada nenek saya kerana melahirkan seorang anak yang merupakan ibu yang terbaik untuk kami adik-beradik. Ama tidak pernah merungut melayan karenah kami tiga beradik yang pelbagai dan berubah mengikut mood masing-masing. Ama cukup memahami dan tidak pernah memaksa kami melakukan sesuatu yang kami tidak sukai untuk dilakukan. Terima kasih ama atas segalanya yang ama lakukan untuk along dan juga adik-adik. Ama telah banyak berkorban untuk kami semua semata-mata untuk kebahagiaan kami.


Puan Bidah Othman

Abah saya dilahirkan pada 17 Mei 1961 di Kg. Dabong, Kelantan. Abah adalah abah terbaik kami sekeluarga. Abah tidak pernah meninggikan suara kepada kami adik beradik walaupun kadangkala kami melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Abah bijak mengawal keadaan. Walaupun abah seorang yang senyap tapi apabila abah bersuara isinya cukup bernas dan adakalanya menusuk kalbu. Terima kasih kerana sangat sabar dengan along yang sukar dijangka. Suka buat perkara sesuka hati. Segala penat keringat abah bekerja untuk menyara keluarga kita amat along hargai. Abah sanggup bangun dari tidur tatkala orang lain sedang nyeyak tidur demi mencari rezeki untuk keluarga. Tidak semua orang sanggup melakukan perkara seperti itu. Terima kasih abah.


En. Ramli Mat Jusoh
Along tidak mampu memberi hadiah yang mahal harganya untuk ama dan abah. Apa yang along mampu berikan adalah kiriman doa untuk kalian berdua. Along dan adik-adik sangat sayang kalian berdua. Kalianlah ibu ayah yang terbaik. Kami amat bersyukur atas rahmat kurniaan Allah. Segala apa yang kita lalui sepanjang hidup ini amat bermakna untuk along jadikan pengajaran dan pedoman hidup. Susah dan senang kita lalui bersama. Susah dan senang yang ama lalui bersama abah cukup membuat along memahami tentang hakikat hidup ini.


Keluarga saya

Terima kasih ama……….

Terima kasih abah………
Along sayang ama dan abah……..

2 comments:

tikahmodjaika said...

wah..say happy bufday to them k......rindu plak nak lpak umah ko...huhuhuu

tiNtA dAri hAti said...

jom2...nnt ak cuti ak bgtau ko...pastu kte lepak same2 ye...

Post a Comment