Sample Feature Post 1 Title
All of this content is sample tyr to replace these content every slider to your content descriptions. Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace it.
Sample Feature Post 2 Title
All of this content is sample tyr to replace these content every slider to your content descriptions. Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace it.
Sample Feature Post 3 Title
All of this content is sample tyr to replace these content every slider to your content descriptions. Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace it.
Saturday, November 12, 2011
Assignments...
Cuti pertengahan semester telah berlalu. Sekejap cuma seminggu di rumah bersama keluarga. Rasa tak hilang lagi rindu dan tak puas lagi bergurau senda di rumah. Namun kehidupan perlu diteruskan jua. Sepanjang seminggu berada di rumah buku-buku teks diketepikan disebabkan semua mid term exam sudah berlalu sebelum cuti. Alhamdulillah. Namun tugasan assignment yang banyak menyebabkan cuti ini diisi dengan mencari sebahagian info dan maklumat. Walaupun tidak semua berjaya disiapkan, tetapi ada jugalah perkembangannya. Minggu ini fokus saya adalah menyiapkan segala assignment yang telah dibekalkan kerana tarikh akhir penghantaran adalah pada minggu yang sama. Oleh itu, kenalah dibuat sedikit demi sedikit. Niat di hati nak elakkan dari kelam kabut dan tergesa-gesa dalam menyiapkan tugasan. Insyaallah. Niat dah ada namun kekuatan diperlukan untuk merealisasikannya...
Selamat menyiapkan segala yang perlu dan jangan lupa kuiz dan test yang akan datang di masa yang terdekat.
Selamat berjaya.
Sunday, November 6, 2011
Antara dua

Begitu sukar untuk memilih antara dua. Namun aku harus memilih salah satu. Maafkan aku andai pilihan aku ini membuatkan temanku bersedih dan berkecil hati. Aku tidak mampu untuk memilih keduanya. Aku perlu membuat pilihan bijak. Bagaikan terngiang-ngiang di telinga seorang teman pernah berkata pilihlah yang mana penting. Jangan membuat pilihan atas dasar kasihan ataupun kerana kawan. Kepada temanku jangan biarkan aku terkapai-kapai tanpa respond. Sungguh sukar perasaan ini. Rasa serba salah menghantui jiwa namun aku gagahkan jua untuk membuat pilihan yang terbaik. Pilihlah mana yang memberikan marginal benefit lebih daripada marginal cost. Dan aku yakin dengan pilihan ini. Sekali lagi aku ingin memohon maaf kepada temanku yang terasa. Diharapkan temanku itu mengerti perasaanku ini dan dapat menerima keputusanku ini dengan hati yang terbuka. Insyaallah.
Sunday, October 30, 2011
Mid Term Week
Minggu yang penuh dengan mid term exam akhirnya tiba juga. Kali ini 5 subjek berturut-turut bermula dengan:
- 30 October 2011- Fiqh 22. 31 Oktober 2011- Method of Da’wah3. 1 November 2011- Intermediate Macroeconomics 24. 3 November 2011- Usul Fiqh 1 dan Public Finance
Selamat Berjaya kepada diriku dan rakan-rakan. Usaha selagi masa masih ada. Moga-moga dipermudahkan oleh-Nya. Insyaallah.
Tuesday, October 11, 2011
Siapalah aku
Siapalah aku untuk menidakkan semua ini berlaku. Kadang-kadang pelbagai perkara berlaku tanpa sedar. Minta maaf banyak-banyak andai kalian terasa dengan tindakanku ini. Aku tahu bukan mudah untuk membuatkan hati orang sekeliling senang dengan tindakan kita. Setiap orang mempunyai pandangan dan persepsi masing-masing. Siapalah aku untuk menidakkannya. Aku mengaku bahawa aku terkadang tidak pandai mengawal emosi. Terbawa-bawa dengan emosi sendiri. Alhamdulillah teman-teman terdekat memahami keadaan diriku ini. Aku hanyalah seorang insan biasa yang masih lagi mencari-cari hala tuju kehidupan yang sebenar. Tapi walau apapun terjadi keluargaku sentiasa berada di fikiranku. Apabila memikirkan mak, ayah dan adik-adik di rumah segala beban yang menghantui fikiran hilang di telan angin lalu. Betapa hebatnya kuasamu Ya Allah. Terima kasih tuhanku. Alhamdulillah syukur kepadamu Ya Allah.
Thursday, September 8, 2011
Suka atau Tidak?
Mengapa aku pergi ke sana walaupun hati ini berat membisikkan supaya berpatah balik,
Aku tidak bersedia lagi untuk menghadapi saat itu,
Kenangan itu menjelma kembali di ingatan,
Kelu lidah untuk berkata-kata tika berada di situ,
Terasa bagaikan ingin lari dan bersembunyi sahaja,
Namun aku perlu berlagak seperti tiada apa yang berlaku,
Wahlal dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu,
Aku perlu kuat dan tabah dalam menghadapinya,
Pagi nan hening bertemu kembali,
Namun lidah masih kelu untuk berkata-kata,
Rencana Allah tiada siapa yang tahu,
Tidak mustahil pada hari akan datang bertemu kembali,
Hanya Allah yang mengetahui segalanya,
Aku terima semuanya Ya Allah……..
Aidilfitri 1432H
Rasanya tidak terlambat lagi untuk menghulurkan salam Aidilfitri beserta dengan maaf zahir batin kepada semua. Ampun maaf atas segala salah dan silap. Alhamdulillah seperti tahun-tahun sebelumnya saya bersama keluarga mendapat peluang untuk menyambut kedatangan 1 Syawal di tanah tumpah kelahiran kami iaitu di Kelantan. Menjadi satu kemestian untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri kerana sambutan 1 Syawal di Seremban amat berlainan dan tidak semeriah berbanding di kampung. Kami telah bertolak pulang ke kampung di Pasir Mas pada 27 September 2011 pukul 4.30 pagi selepas sahur. Perjalanan yang biasanya mengambil masa 8 jam untuk tiba di destinasi bertambah kepada 12 jam disebabkan kesesakan lalu lintas. Kami sekeluarga sampai di rumah Tok Ayah pada pukul 9 malam setelah singgah di Kuala Krai selama 3-4 jam untuk menyelesaikan beberapa urusan. Satu perjalanan yang memenatkan walaupun saya hanya penumpang yang hanya tidur di belakang.
Pada hari terakhir Ramadhan, saya bersama ahli keluarga menziarahi Tok Uda di Bachok yang sakit tenat pada awal Ramadhan yang lalu. Namun ketika entri ini ditulis Tok Uda telah menghembuskan nafas yang terakhir pada tengah hari 7 September. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin…
Aidilfitri pada kali ini disambut dengan sederhana seperti tahun-tahun sebelumnya. Bagi saya semakin meningkat usia dari tahun ke tahun kemeriahan untuk menyambut juga semakin pudar. Mungkin disebabkan factor keletihan ataupun factor-faktor persekitaran menjadikan perasaan saya sebegitu. Apapun yang amat saya sukai adalah sesi ziarah menziarahi sanak saudara di serata kampung membuatkan sambutan menjadi meriah. Pada ketika inilah penting kerana dapat mengenali sanak saudara yang hanya berjumpa setahun sekali sahaja sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim. Ditambah pula dengan pemberian duit raya. Besar-besar pun dapat lagi duit lgi duit raya. Apapun pemberian orang kita seharusnya menerima dengan senang hati. Terima kasih semua pemberi duit raya.
| Beramai-ramai berjalan kaki |
Budaya ziarah menziarahi diteruskan pada pagi hari raya kedua ke kampung abah. Kami hanya singgah sebentar kerana Mok ada urusan di tempat lain menghadiri tahlil. Apapun walau sebentar Cuma sudah mencukupi untuk melepaskan rindu. Namun agak terkilan kerana tidak sempat menziarahi pusara arwah Che dan Che Abah disebabkan hujan lebat. Abah berpesan kepada kami semua supaya menghadiahkan alfatihah dari jauh memandangkan kami tidak dapat ke pusara mereka. Alfatihah…
Di Kuala Krai kami hanya sempat beraya di rumah Mok Yoh, Pok Nik dan Tok Mek. Namun saya bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu dengan mereka semua. Alhamdulillah.
Kami pulang semula ke Seremban pada 3 September memakan masa selama 12 jam seperti biasa disebabkan kesesakan lalu lintas. Terlintas juga di fikiran saya betapa ramainya rakyat-rakyat dari Kelantan mencari rezeki di negeri-negeri lain. Kami seperti berkonvoi ramai-ramai untuk pulang ke rumah masing-masing. Kesesakan ini memang merupakan pemandangan biasa apabila tiba musim perayaan. Apabila berhenti di masjid ataupun stesen minyak dapat melihat muka-muka keletihan para pemandu kereta dan juga penumpangnya. Apapun pandu cermat jiwa selamat.
Berbaki cuti yang hanya ada seminggu sahaja lagi, setiap malam ada sahaja jemputan ke rumah jiran-jiran ke open house mereka. Saya memang suka menghadirinya. Selain mendapat duit raya, makanan yang dihidangkan juga memang memenuhi selera saya. Apapun beringat masa makan. Jangan makan banyak sangat.
Saya percaya kemeriahan Aidilfitri ini akan disambut sehingga 30 Syawal. Namun dalam kemeriahan menyambut syawal ini kita haruslah menyambutnya dalam kesederhanaan. Elakkan membazir dan kenangilah saudara-saudara kita yang menghadapi masalah kebuluran di Somalia. Selain itu, yang penting teruskanlah istiqamah dalam beribadat walaupun bulan yang penuh berkat Ramadhan telah berlalu. Salam Syawal buat semua….
Wednesday, August 17, 2011
Interview
Sedar tidak sedar bulan Ramadhan telah masuk ke hari 17. Pada 15 Ramadhan yang lalu bersamaan 15 Ogos 2011 saya telah berpeluang mengikuti anak kawan mak saya dari Kelantan menghadiri sesi temuduga kerja bertempat di Hong Leong Assurance Seremban. Pertama kali mendengar mengenai Hong Leong Assurance ini rupa-rupanya memberikan product yang berkaitan dengan insurans dan takaful.
Sesi temuduga ini agak panjang memakan masa selama setengah hari mempunyai 3 sesi. Saya yang hanya peneman ini hanya menunggu di tingkat bawah sambil beramah mesra dengan seorang pekerja Hong Leong Assurance yang banyak berahsia dan juga mak cik security yang sangat peramah bercerita mengenai anak-anaknya yang sudah Berjaya di menara gading. Walaupun baru kenal tapi kami bercerita seolah-olah sudah lama kenal. Apabila sudah bosan menunggu saya naik ke tingkat atas tempat sesi temuduga berlangsung. Mengikut kata pegawai di bawah seramai 50 orang akan datang ke sesi tersebut. Namun sepanjang saya berada di situ tidak sampai 10 orang yang datang.
Dalam pada menunggu Kak Yazie, saya sempat beramah mesra dengan seorang kakak yang datang dari Shah Alam. Banyak berkongsi cerita dan pengalaman hidup dia selepas belajar dengan keadaan semakin sukar untuk mendapatkan kerja ditambah pula dengan karenah birokrasi sesuatu syarikat menambahkan lagi kesukaran untuk mendapatkan kerja. Cerita dia benar-benar membuka mata saya bahawasanya pada zaman sekarang sangat sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Dengan sikap memilih dan ketidaksetujuan ibu bapa menambahkan lagi masalah yang sedia rumit. Kakak ini sudah setahun mencari kerja tetap selepas tamat belajar dari Melaka dan Kak Yazie pula sudah 5 bulan menganggur di rumah selepas kontraknya dengan kerajaan tidak disambung. Satu pengalaman yang bagus untuk saya kenang apabila tiba waktu saya kelak. Terima kasih kakak berdua.
Kesimpulannya teruskan mencari dan selamat mencari dan selamat bekerja.
Subscribe to:
Comments (Atom)





