Pages

Wednesday, August 17, 2011

Interview


Sedar tidak sedar bulan Ramadhan telah masuk ke hari 17. Pada 15 Ramadhan yang lalu bersamaan 15 Ogos 2011 saya telah berpeluang mengikuti anak kawan mak saya dari Kelantan menghadiri sesi temuduga kerja bertempat di Hong Leong Assurance Seremban. Pertama kali mendengar mengenai Hong Leong Assurance ini rupa-rupanya memberikan product yang berkaitan dengan insurans dan takaful.


Sesi temuduga ini agak panjang memakan masa selama setengah hari mempunyai 3 sesi. Saya yang hanya peneman ini hanya menunggu di tingkat bawah sambil beramah mesra dengan seorang pekerja Hong Leong Assurance yang banyak berahsia dan juga mak cik security yang sangat peramah bercerita mengenai anak-anaknya yang sudah Berjaya di menara gading. Walaupun baru kenal tapi kami bercerita seolah-olah sudah lama kenal. Apabila sudah bosan menunggu saya naik ke tingkat atas tempat sesi temuduga berlangsung. Mengikut kata pegawai di bawah seramai 50 orang akan datang ke sesi tersebut. Namun sepanjang saya berada di situ tidak sampai 10 orang yang datang.
Dalam pada menunggu Kak Yazie, saya sempat beramah mesra dengan seorang kakak yang datang dari Shah Alam. Banyak berkongsi cerita dan pengalaman hidup dia selepas belajar dengan keadaan semakin sukar untuk mendapatkan kerja ditambah pula dengan karenah birokrasi sesuatu syarikat menambahkan lagi kesukaran untuk mendapatkan kerja. Cerita dia benar-benar membuka mata saya bahawasanya pada zaman sekarang sangat sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Dengan sikap memilih dan ketidaksetujuan ibu bapa menambahkan lagi masalah yang sedia rumit. Kakak ini sudah setahun mencari kerja tetap selepas tamat belajar dari Melaka dan Kak Yazie pula sudah 5 bulan menganggur di rumah selepas kontraknya dengan kerajaan tidak disambung. Satu pengalaman yang bagus untuk saya kenang apabila tiba waktu saya kelak. Terima kasih kakak berdua.
Kesimpulannya teruskan mencari dan selamat mencari dan selamat bekerja. 

0 comments:

Post a Comment