Pages

Tuesday, May 3, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

My sister


Pada 29 April 2011 saya telah berpeluang ke pesta buku KL. Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke PWTC. Dari Seremban ke sana saya menaiki KTM Komuter. Dalam lebih kurang pukul 8.25 pagi, saya bekejar-kejar ke stesen kerana mengejar tren yang akan berlepas pukul 8.30 pagi. Pagi-pagi lagi da berpeluh semata-mata malas untuk menunggu tren yang seterusnya. Berlarilah saya seorang diri dengan menggunakan jalan belakang melalui landasan kereta api ke stesen. Nasib baiklah rumah dekat dengan stesen. Kalau tidak naya la saya nak menunggu tren seterusnya. Alhamdulillah saya sempat menaiki tren yang dikejar. Huhuhu….
Saya singgah dahulu di KL Sentral kerana menunggu adik perempuan saya dari PJ. Memang saya bernasib baik pada hari itu kerana adik saya sudah sampai jadi tidak perlulah saya menunggu lagi seperti kebiasaannya. Kenapa saya perlu singgah di KL Sentral dulu kerana pesanan mak tersayang supaya menunggu adik dahulu takut-takut nanti sesat tak sampai stesen Putra. Begitulah kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya. Kerana mak saya tahu bahawa kami berdua tidak biasa ke sana dan ini merupakan kali pertama. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat di PWTC.
Pesta buku semestinya menjanjikan pelbagai pilihan mengikut cita rasa pembaca. Dari satu penerbit ke satu penerbit, pelbagai bahan bacaan dijual. Pertama sekali kami mencari dahulu buku yang memang kami nak beli. Alhamdulillah semua dapat kecuali satu buku tiada stok. Tapi tidak mengapa. Buku lain saya beli sebagai gantinya.
Konon-konon nak beli tapi tak beli pun.
Inilah buku yang dapat kami beli
 Sesudah penat berpusing sana sini perut pun sudah minta untuk diisi. Jadi kami ke MC’d untuk mengisi perut. Selepas itu, kami terus pulang. Kami ke stesen Putra kembali. Penat sungguh berjalan tetapi lagi memenatkan jiwa apabila dua tren pertama terpaksa dibiarkan pergi begitu sahaja kerana penuh. Ada satu peristiwa menarik dan sangat berguna untuk dijadikan sebagai pengajaran berlaku di depan mata kami. Alkisahnya tren yang kedua, bunyi telah berbunyi menandakan pintu mahu ditutup. Tetapi masih ramai lagi yang berusaha untuk masuk sedangkan masih rmai lg yang belum keluar. Kami berasa amat kasihan melihat seorang ibu bersama anak perempuan yang berusia lebih kurang 4 tahun yang berusaha untuk keluar namun orang-orang di sekeliling mereka tidak memberi laluan sedangkan pintu sudah mahu tertutup. Mereka berusaha untuk keluar dan akhirnya pintu berbunyi apalagi menjerit ibunya agar mereka boleh keluar dengan segera. Nasib menyebelahi mereka kerana mereka sempat keluar dari tren dengan selamatnya. Disini dapat saya simpulkan bahawa masyarakat kita masih tebal dengan sikap pentingkan diri. Sepatutnya, mereka memberi laluan kepada orang yang mahu keluar dan juga bersabar untuk masuk ke dalam tren. Cuba bayangkan jika anda berada di tempat ibu itu apakah perasaan anda?
Kesimpulannya,
  • ·         Buku-buku yang dibeli perlukan dihabiskan pembacaannya
  • ·         Sabar dalam setiap apa jua perkara yang kita lakukan
  • ·         Buangkan sikap pentingkan diri
  • ·         Sentiasa membantu orang-orang yang berada dalam kesusahan

0 comments:

Post a Comment