Pages

Wednesday, August 17, 2011

Interview

Sedar tidak sedar bulan Ramadhan telah masuk ke hari 17. Pada 15 Ramadhan yang lalu bersamaan 15 Ogos 2011 saya telah berpeluang mengikuti anak kawan mak saya dari Kelantan menghadiri sesi temuduga kerja bertempat di Hong Leong Assurance Seremban. Pertama kali mendengar mengenai Hong Leong Assurance ini rupa-rupanya memberikan product yang berkaitan dengan insurans dan takaful. Sesi temuduga ini agak panjang memakan masa selama setengah hari mempunyai 3 sesi. Saya yang hanya peneman ini hanya menunggu di tingkat bawah sambil beramah mesra dengan seorang pekerja Hong Leong Assurance yang banyak berahsia dan juga mak cik security yang sangat peramah bercerita mengenai anak-anaknya yang sudah Berjaya di menara gading. Walaupun baru kenal tapi...

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan dan saya

Sedar tidak sedar bulan Ramadhan telah menginjak ke minggu kedua. Masa begitu pantas berlalu. Kadang-kadang kita sebagai manusia mengambil remeh masa yang telah berlalu wahlal banyak yang dapat kita lakukan untuk mengisi masa dengan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini. Ramadhan hanya datang setahun sekali. Kita tidak pasti adakah ini merupakan Ramadhan terakhir atau masih adakah lagi Ramadhan pada tahun seterusnya untuk kita? Oleh itu sama-samalah kita merebut peluang yang terbuka luas di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amalan kita. Kejarlah sebanyak mana amalan yang mampu dilakukan. Selamat Berjaya kawan-kawan semua. Seingat saya sejak saya bersekolah di SMS Muar(Samura)...

Wednesday, August 3, 2011

Zoom Penang 2011: Hari Kelima dan Keenam

Setelah empat hari berturut-turut berada di kawasan tanah besar akhirnya pada pagi hari kelima nan hening lagi medamaikan kami bertolak ke belah pulau untuk aktiviti yang telah dirancang. Kami ke sana menaiki bas Ustaz Roslan yang telah disewa khas oleh Program Manager kami untuk seharian berada di pulau.  Apa yang menariknya sepanjang perjalanan kami ke destinasi yang dituju kami didengarkan tazkirah oleh pemandu bas itu sendiri. Satu pengalaman baru bagi kami semua. Tetapi tidak saya pasti kawan-kawan yang lain mendengar atau melayan hal sendiri. Bagi saya sendiri ada masanya saya terlelap. Pemandangan di atas Jambatan Pulau Pinang Aktiviti pertama di pulau ialah lawatan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bertempat di...

Tuesday, August 2, 2011

Zoom Penang 2011: Hari Ketiga dan Keempat

Aktiviti pada hari ketiga dimulakan dengan acara sukaneka dan sukan rakyat bersama penduduk kampung. Pelbagai acara telah dijalankan saperti acara sukaneka untuk kanak-kanak, tarik tali, kupas buah, bola sepak berkain pelikat dan lain-lain. Bawa bola ping pong dalam sudu Pasukan bola sepak berkain pelikat Acara kuah buah  Pada malamnya Malam Kebudayaan berlangsung disaksikan oleh Timbalan Menteri Pulau Pinang 1. Pelbagai persembahan dipersembahkan oleh wakil dari penduduk kampung dan juga wakil dari UIA. Sebelum majlis dimulakan, jamuan telah diadakan di luar dewan. Pelbagai juadah disediakan oleh panduduk kampung. Dikir Puteri Kumpulan Nasyid Adik-adik Sek Kafa Tarian Sumazau versi UIA Barisan pelakon sketsa 'Manusia' Boria...

Zoom Penang 2011: Hari Pertama dan Kedua

Pada 15-20 Julai yang lalu saya berpeluang untuk mengikuti Program Baktisiswa Zoom Penang 2011 anjuran bersama Mahallah As-Siddiq dan Mahallah Sumayyah. Pada mulanya saya tidak terpilih untuk menyertai program ini kerana tidak sempat untuk menghadiri sesi interview disebabkan kekangan masa tetapi rezeki memihak kepada saya apabila MRC Sumayyah menghubungi saya untuk menghadiri sesi interview pada pukul 11.30 malam. Alhamdulillah saya terpilih dan semestinya semangat saya berkobar-kobar untuk ke Kg. Cherok To'kun, Pulau Pinang. Para peserta diminta ke UIA dua hari lebih awal untuk Induction Course dan juga untuk menyelesaikan apa jua kerja yang belum diselesaikan. Induction Course berjalan dengan lancar dan semuanya berada dalam kawalan. Saya...