Pages

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan dan saya


Sedar tidak sedar bulan Ramadhan telah menginjak ke minggu kedua. Masa begitu pantas berlalu. Kadang-kadang kita sebagai manusia mengambil remeh masa yang telah berlalu wahlal banyak yang dapat kita lakukan untuk mengisi masa dengan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini. Ramadhan hanya datang setahun sekali. Kita tidak pasti adakah ini merupakan Ramadhan terakhir atau masih adakah lagi Ramadhan pada tahun seterusnya untuk kita? Oleh itu sama-samalah kita merebut peluang yang terbuka luas di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amalan kita. Kejarlah sebanyak mana amalan yang mampu dilakukan. Selamat Berjaya kawan-kawan semua.
 Seingat saya sejak saya bersekolah di SMS Muar(Samura) pada tahun 2006 tahun ini merupakan tahun yang julung-julung kali saya dapat berpuasa penuh di rumah. Tahun-tahun sebelumnya semestinya berbuka puasa bersama rakan-rakan di asrama. Macam-macam kenangan yang dapat saya simpan dengan gelagat rakan-rakan semua yang sungguh bersemangat. Berbuka sesama rakan-rakan satu dorm, bersama rakan-rakan sekelas, bersama rakan-rakan dari rumah sukan yang sama, bersama ketiga-tiga sahabat baik saya dari Samura iaitu Cik Tikah, Cik Zuraidah dan juga Cik Mira. Semuanya berbuka ramai-ramai di dalam dewan makan (DM) yang indah lagi permai dengan masakan pakcik DM yang sedap. Suasana pada ketika itu sungguh ceria walaupun jauh dari keluarga. Apa yang menariknya pada waktu petang siap boleh membuat dedikasi lagu raya kepada rakan-rakan. Satu perkara yang memang sukar untuk dilupakan. Sama-sama berbuka dan berterawikh di surau sekolah sebelum ke kelas prep malam.
Ketika berada di CFS Nilai, saya berbuka bersama rakan-rakan satu bilik yang ramai. Memang meriah dengan juadah masing-masing yang dibeli di bazaar yang berhampiran, kedai pakcik dan makcik dan juga di blok B. Juadah yang paling disukai semestinya nasi lemak blok B. Pada malamnya berterawikh di Masjid Nilai. Pada waktu hujung minggu semestinya berbuka di rumah disebabkan rumah dekat sahaja. Memang jarang sekali peluang disia-siakan kerana sungguh bersemangat untuk berbuka di rumah.
Pada Ramadhan yang lepas buat pertama kalinya saya berpeluang berbuka di IIUM Gombak. Sangat seronok kerana dapat berbuka bersama teman sebilik saya iaitu Cik Juliana, Cik Ifah dan Cik Piah. Kadang-kadang turun juga ke centre berbuka bersama rakan-rakan yang lain. Setiap petang menjadi kemestian untuk membeli juadah berbuka di bazaar di Convest Hill. Kami sangat rajin turun kerana jaraknya sungguh dekat dan amatlah merugikan jika tidak ke bazaar. Ditambah lagi dengan kafe yang tidak beroperasi. Walau apapun berterawikh di Masjid Uia memang sangat menarik dan syahdu. Jika tidak turun ke centre kami berterawikh di MPH Sumayyah.
Namun pada Ramadhan kali ini amat berbeza. Saya berpeluang berpuasa di rumah sepenuhnya. Memang sesuatu yang ditunggu-tunggu sejak dari zaman Samura lagi. Pada waktu petang rasa bersemangat untuk menolong ama memasak juadah berbuka. Disini dapatlah belajar ilmu-imu memasak serba sedikit. Masakan ama memang tiada tandingan. Masak apapun sedap. Bangun sahur pagi-pagi satu cabaran untuk mengejutkan adikku yang nakal, Izham untuk bangun dari tidur. Memang bising pagi-pagi disebabkan mahu mengejutkan dia. Tapi saya tidak kisah. Saya suka. Ada masanya main-main dulu siap cakap jam pukul 5.30 pagi automatic dia terus bangun. Memanglah adikku seorang ini. Saya berbuka bersama abah, ama, saya dan Ijam. Adik perempuan saya tidak bercuti. Apa pun itu sudah mencukupi buat saya. Sepanjang 10 hari berpuasa baru sekali berpeluang menjejakkan kaki ke bazaar Ramadhan di kawasan Klinik Kesihatan Seremban. Bila sampai di bazaar tidak tahu nak beli makanan apa. Baik saya duduk di rumah tolong ama.
Dalam pada itu kami dikejutkan dengan berita Tok Uda masuk hospital disebabkan sakit buah pinggang dan lelah. Ama saya telah pulang ke kampung untuk melihat keadaan Tok Uda. Alhamdulillah keadaannya stabil. Sama-sama doakan agar Tok Uda saya sihat seperti sedia kala. Insyaallah.

Sama-sama doakan semoga Tok Uda cepat sembuh
Akhir kata sama-samalah kita memperbanyakkan amalan dalam bulan yang penuh berkat ini. Semoga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Insyaallah.

2 comments:

tikahmodjaika said...

patut ar asyik terbatuk je...ade org sebut name aku...huhuhu...x terupdate lg blog aku....bz....kenangan terindah

fana said...

Slmt meneruskan ibadah puasa teha. Smg setiap hr ramadan yg ditempuhi dilimpahi berkat dan peningkatan=)

Post a Comment