Pages

Tuesday, August 2, 2011

Zoom Penang 2011: Hari Pertama dan Kedua

Pada 15-20 Julai yang lalu saya berpeluang untuk mengikuti Program Baktisiswa Zoom Penang 2011 anjuran bersama Mahallah As-Siddiq dan Mahallah Sumayyah. Pada mulanya saya tidak terpilih untuk menyertai program ini kerana tidak sempat untuk menghadiri sesi interview disebabkan kekangan masa tetapi rezeki memihak kepada saya apabila MRC Sumayyah menghubungi saya untuk menghadiri sesi interview pada pukul 11.30 malam. Alhamdulillah saya terpilih dan semestinya semangat saya berkobar-kobar untuk ke Kg. Cherok To'kun, Pulau Pinang. Para peserta diminta ke UIA dua hari lebih awal untuk Induction Course dan juga untuk menyelesaikan apa jua kerja yang belum diselesaikan. Induction Course berjalan dengan lancar dan semuanya berada dalam kawalan. Saya telah ditugaskan sebagai Assistant of Head of Preparation and Technical. 


Perjalanan ke Penang yang memakan masa hampir lebih lima jam bermula lebih kurang pada pukul 10.30 pagi. Mengikut perancangan asal bas sepatutnya bertolak pada pukul 9 pagi. Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan perjalanan bermula lambat sedikit.

Bergambar sebelum naik bas 
Rombongan kami tiba di Kg. Cherok To'kun dalam pukul 5 petang. Kelewatan ini disebabkan oleh lalu lintas yang agak sesak di Plaza Tol Juru. Namun kedatangan kami tetap disambut meriah oleh penduduk kampung dalam cuaca lepas hujan. Kami berasa amat teruja kerana kedatangan kami disambut dengan paluan kompang. Rasa seperti berada di majlis perkahwinan pula.

Berjalan beramai-ramai menuju ke Galeri Pejuang

Suasana di depan Galeri Pejuang
Setelah semua peserta diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing kami pulang ke rumah untuk berkenalan dengan lebih lanjut. Saya bersama rakan saya, Razifah ditempatkan bersama keluarga Ustazah Zarinah.

Penyerahan Anak Angkat oleh Pengetua Mahallah As-Siddiq
Pada hari kedua aktiviti bermula seawal pagi iaitu Program Inspiration to be Smart bertempat di Sek Men Agama Tarbiah Diniah, Kulim, Kedah. Perjalanan hanya memakan masa lebih kurang 20 minit dari Kg. Cherok To'kun. Disini para fasilitator dikehendaki memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana menggunakan mind mapping disamping menyuntik sedikit motivasi untuk adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.

Adik-adik yang bersemangat

Kumpulan saya bersama partner fasi, Muhammad

Bergambar kenangan sebelum pulang
Pada sebelah petangnya kami memulakan aktiiviti konvoi keliling kampung dan juga lawatan ke Kilang Jeruk Pak Latif menggunakan motosikal. Satu pengalaman yang menarik konvoi beramai-ramai. Cik Quya Nan bertanggungjawab membawa motosikal yg dibonceng oleh saya. Terima kasih Quya Nan walaupun agak takut-takut membawa saya tetapi berjaya akhirnya.

Konvoi beramai-ramai

Semangat selepas konvoi
Selesai aktiviti hari pertama dan kedua. Nantikan entri untuk hari-hari seterusnya.

0 comments:

Post a Comment