Pages

Tuesday, December 27, 2011

Final Exam Semester 1 2011/2012

Akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu setiap penghujung semester menjelma jua. Kali ini jadual amat menyebelahi saya. Mana tidaknya jarak dari satu subjek ke satu subjek yang lain agak lama. Alhamdulillah walaupun bermula pada hari pertama dan habis pada hari penghujung saya amat bersyukur. Terima kasih Ya Allah. Masa yang ada akan digunakan sebaiknya. Insyaallah.29 Dec- Public Finance 31 Dec- Method of Da’wah 5 Jan- Usul Fiqh 1 7 Jan- Intermediate Microeconomics 1 12 Jan- Intermediate Macroeconomics 2 14 Jan- Fiqh for Economists 2 Selamat Berjaya semua. Selagi masa masih ada gunakan ia sebaiknya. Disamping sibuk mempersiapkan diri untuk berjuang di medan peperiksaan, Allah tetap diutamakan. Banyakkan doa dan sentiasa mengingatinya. Berusaha,...

Friday, December 23, 2011

When you say nothing, it does not mean it is nothing

Kata-kata di atas jika dibaca sepintas lalu memanglah tiada bermakna. Namun jika diteliti makna tersirat di sebaliknya kata-kata ini membawa makna yang tersendiri. Setiap orang mempunyai masalah tersendiri yang kadang kala tidak perlu diceritakan kepada semua orang. Memang susah untuk menuntut semua memahami keadaan kita. Namun kita sendiri perlu bersabar dan  cuba menyesuaikan diri dalam keadaan sekeliling. Jadilah seorang insan yang matang dari segi pemikiran dan sentiasa berfikiran positif. Memang senang diucapkan dengan kata-kata tetapi sebagai seorang insan kita mesti dan cuba memaksa diri untuk menjadi seorang yang matang dan positif. Cuba selagi terdaya. Jangan mudah berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya semuanya dalam keadaan yang baik. Peliharalah fikiran daripada...

Wednesday, December 14, 2011

GMH, Research Dinner Night dan Assignment

Alhamdulillah minggu-minggu kritikal dilalui dengan penuh warna warni, suka dan duka. Dalam pada sibuk menyiapkan pelbagai assignment yang tarikh akhirnya dalam minggu yang sama pada awal bulan Disember, sempat juga saya menyertai program Spiritual Disturbance atau nama melayunya Gangguan Makhluk Halus yang diadakan pada 25 November 2011. Program ini sangat menarik kerana mengupas tentang isu-isu berkaitan seperti hysteria dan cara-cara yang betul untuk menghidarinya. Pelbagai tips dan ilmu dapat dipelajari sepanjang program ini daripada Ustaz Zunaidin dan Ustaz Abu Bakar. Seminggu kemudian saya sempat mencurah tenaga untuk menjayakan Inspire Research Dinner yang diadakan pada 3 Disember yang lalu. Terima kasih kepada adik-adik biro saya...

Saturday, November 12, 2011

Assignments...

Cuti pertengahan semester telah berlalu. Sekejap cuma seminggu di rumah bersama keluarga. Rasa tak hilang lagi rindu dan tak puas lagi bergurau senda di rumah. Namun kehidupan perlu diteruskan jua. Sepanjang seminggu berada di rumah buku-buku teks diketepikan disebabkan semua mid term exam sudah berlalu sebelum cuti. Alhamdulillah. Namun tugasan assignment yang banyak menyebabkan cuti ini diisi dengan mencari sebahagian info dan maklumat. Walaupun tidak semua berjaya disiapkan, tetapi ada jugalah perkembangannya. Minggu ini fokus saya adalah menyiapkan segala assignment yang telah dibekalkan kerana tarikh akhir penghantaran adalah pada minggu yang sama. Oleh itu, kenalah dibuat sedikit demi sedikit. Niat di hati nak elakkan dari kelam kabut dan tergesa-gesa dalam menyiapkan tugasan. Insyaallah....

Sunday, November 6, 2011

Antara dua

Begitu sukar untuk memilih antara dua. Namun aku harus memilih salah satu. Maafkan aku andai pilihan aku ini membuatkan temanku bersedih dan berkecil hati. Aku tidak mampu untuk memilih keduanya. Aku perlu membuat pilihan bijak. Bagaikan terngiang-ngiang di telinga seorang teman pernah berkata pilihlah yang mana penting. Jangan membuat pilihan atas dasar kasihan ataupun kerana kawan. Kepada temanku jangan biarkan aku terkapai-kapai tanpa respond. Sungguh sukar perasaan ini. Rasa serba salah menghantui jiwa namun aku gagahkan jua untuk membuat pilihan yang terbaik. Pilihlah mana yang memberikan marginal benefit lebih daripada marginal cost. Dan aku yakin dengan pilihan ini. Sekali lagi aku ingin memohon maaf kepada temanku yang terasa....

Sunday, October 30, 2011

Mid Term Week

Minggu yang penuh dengan mid term exam akhirnya tiba juga. Kali ini 5 subjek berturut-turut bermula dengan: 30 October 2011- Fiqh 2 2.       31 Oktober 2011- Method of Da’wah 3.       1 November 2011- Intermediate Macroeconomics 2 4.       3 November 2011- Usul Fiqh 1 dan Public Finance Selamat Berjaya kepada diriku dan rakan-rakan. Usaha selagi masa masih ada. Moga-moga dipermudahkan oleh-Nya. Insyaallah.&nb...

Tuesday, October 11, 2011

Siapalah aku

Siapalah aku untuk menidakkan semua ini berlaku. Kadang-kadang pelbagai perkara berlaku tanpa sedar. Minta maaf banyak-banyak andai kalian terasa dengan tindakanku ini. Aku tahu bukan mudah untuk membuatkan hati orang sekeliling senang dengan tindakan kita. Setiap orang mempunyai pandangan dan persepsi masing-masing. Siapalah aku untuk menidakkannya. Aku mengaku bahawa aku terkadang tidak pandai mengawal emosi. Terbawa-bawa dengan emosi sendiri. Alhamdulillah teman-teman terdekat memahami keadaan diriku ini. Aku hanyalah seorang insan biasa yang masih lagi mencari-cari hala tuju kehidupan yang sebenar. Tapi walau apapun terjadi keluargaku sentiasa berada di fikiranku. Apabila memikirkan mak, ayah dan adik-adik di rumah segala beban yang menghantui fikiran hilang di telan angin lalu. Betapa...

Thursday, September 8, 2011

Suka atau Tidak?

Mengapa aku pergi ke sana walaupun hati ini berat membisikkan supaya berpatah balik,Aku tidak bersedia lagi untuk menghadapi saat itu,Kenangan itu menjelma kembali di ingatan,Kelu lidah untuk berkata-kata tika berada di situ,Terasa bagaikan ingin lari dan bersembunyi sahaja,Namun aku perlu berlagak seperti tiada apa yang berlaku,Wahlal dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu,Aku perlu kuat dan tabah dalam menghadapinya,Pagi nan hening bertemu kembali,Namun lidah masih kelu untuk berkata-kata,Rencana Allah tiada siapa yang tahu,Tidak mustahil pada hari akan datang bertemu kembali,Hanya Allah yang mengetahui segalanya,Aku terima semuanya Ya Allah…...

Aidilfitri 1432H

Rasanya tidak terlambat lagi untuk menghulurkan salam Aidilfitri beserta dengan maaf zahir batin kepada semua. Ampun maaf atas segala salah dan silap. Alhamdulillah seperti tahun-tahun sebelumnya saya bersama keluarga mendapat peluang untuk menyambut kedatangan 1 Syawal di tanah tumpah kelahiran kami iaitu di Kelantan. Menjadi satu kemestian untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri kerana sambutan 1 Syawal di Seremban amat berlainan dan tidak semeriah berbanding di kampung. Kami telah bertolak pulang ke kampung di Pasir Mas pada 27 September 2011 pukul 4.30 pagi selepas sahur. Perjalanan yang biasanya mengambil masa 8 jam untuk tiba di destinasi bertambah kepada 12 jam disebabkan kesesakan lalu lintas. Kami sekeluarga sampai di rumah Tok...

Wednesday, August 17, 2011

Interview

Sedar tidak sedar bulan Ramadhan telah masuk ke hari 17. Pada 15 Ramadhan yang lalu bersamaan 15 Ogos 2011 saya telah berpeluang mengikuti anak kawan mak saya dari Kelantan menghadiri sesi temuduga kerja bertempat di Hong Leong Assurance Seremban. Pertama kali mendengar mengenai Hong Leong Assurance ini rupa-rupanya memberikan product yang berkaitan dengan insurans dan takaful. Sesi temuduga ini agak panjang memakan masa selama setengah hari mempunyai 3 sesi. Saya yang hanya peneman ini hanya menunggu di tingkat bawah sambil beramah mesra dengan seorang pekerja Hong Leong Assurance yang banyak berahsia dan juga mak cik security yang sangat peramah bercerita mengenai anak-anaknya yang sudah Berjaya di menara gading. Walaupun baru kenal tapi...

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan dan saya

Sedar tidak sedar bulan Ramadhan telah menginjak ke minggu kedua. Masa begitu pantas berlalu. Kadang-kadang kita sebagai manusia mengambil remeh masa yang telah berlalu wahlal banyak yang dapat kita lakukan untuk mengisi masa dengan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini. Ramadhan hanya datang setahun sekali. Kita tidak pasti adakah ini merupakan Ramadhan terakhir atau masih adakah lagi Ramadhan pada tahun seterusnya untuk kita? Oleh itu sama-samalah kita merebut peluang yang terbuka luas di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amalan kita. Kejarlah sebanyak mana amalan yang mampu dilakukan. Selamat Berjaya kawan-kawan semua. Seingat saya sejak saya bersekolah di SMS Muar(Samura)...

Wednesday, August 3, 2011

Zoom Penang 2011: Hari Kelima dan Keenam

Setelah empat hari berturut-turut berada di kawasan tanah besar akhirnya pada pagi hari kelima nan hening lagi medamaikan kami bertolak ke belah pulau untuk aktiviti yang telah dirancang. Kami ke sana menaiki bas Ustaz Roslan yang telah disewa khas oleh Program Manager kami untuk seharian berada di pulau.  Apa yang menariknya sepanjang perjalanan kami ke destinasi yang dituju kami didengarkan tazkirah oleh pemandu bas itu sendiri. Satu pengalaman baru bagi kami semua. Tetapi tidak saya pasti kawan-kawan yang lain mendengar atau melayan hal sendiri. Bagi saya sendiri ada masanya saya terlelap. Pemandangan di atas Jambatan Pulau Pinang Aktiviti pertama di pulau ialah lawatan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bertempat di...

Tuesday, August 2, 2011

Zoom Penang 2011: Hari Ketiga dan Keempat

Aktiviti pada hari ketiga dimulakan dengan acara sukaneka dan sukan rakyat bersama penduduk kampung. Pelbagai acara telah dijalankan saperti acara sukaneka untuk kanak-kanak, tarik tali, kupas buah, bola sepak berkain pelikat dan lain-lain. Bawa bola ping pong dalam sudu Pasukan bola sepak berkain pelikat Acara kuah buah  Pada malamnya Malam Kebudayaan berlangsung disaksikan oleh Timbalan Menteri Pulau Pinang 1. Pelbagai persembahan dipersembahkan oleh wakil dari penduduk kampung dan juga wakil dari UIA. Sebelum majlis dimulakan, jamuan telah diadakan di luar dewan. Pelbagai juadah disediakan oleh panduduk kampung. Dikir Puteri Kumpulan Nasyid Adik-adik Sek Kafa Tarian Sumazau versi UIA Barisan pelakon sketsa 'Manusia' Boria...

Zoom Penang 2011: Hari Pertama dan Kedua

Pada 15-20 Julai yang lalu saya berpeluang untuk mengikuti Program Baktisiswa Zoom Penang 2011 anjuran bersama Mahallah As-Siddiq dan Mahallah Sumayyah. Pada mulanya saya tidak terpilih untuk menyertai program ini kerana tidak sempat untuk menghadiri sesi interview disebabkan kekangan masa tetapi rezeki memihak kepada saya apabila MRC Sumayyah menghubungi saya untuk menghadiri sesi interview pada pukul 11.30 malam. Alhamdulillah saya terpilih dan semestinya semangat saya berkobar-kobar untuk ke Kg. Cherok To'kun, Pulau Pinang. Para peserta diminta ke UIA dua hari lebih awal untuk Induction Course dan juga untuk menyelesaikan apa jua kerja yang belum diselesaikan. Induction Course berjalan dengan lancar dan semuanya berada dalam kawalan. Saya...

Friday, July 29, 2011

2nd F.R.I.E.N.D.S of Top-up

F.R.I.E.N.D.S kedua kumpulan Top-up telah ditetapkan pada 8-10 Julai 2011. Kali ini kami ditugaskan untuk menyempurnakan program untuk SMK Rawang. Namun untuk program kali ini diadakan di UIA. Satu pengalaman baru bagi kami semua. Tempat yang telah dipilih sebulat suara di Masjid UIA dan tempat berkumpul di Mini Auditorium. Nature program kali ini lebih kearah motivasi dan mencungkil potensi diri setiap peserta yang kadang kala peserta sendiri tidak menyedari potensi diri masing-masing. Satu tugas berat tergalas di bahu kami semua namun Alhamdulillah semuanya telah selamat berlangsung. Peserta program kali ini adalah terdiri daripada peserta yang menerima bantuan asnaf dari Lembaga Zakat Selangor seramai 45 orang. Kebanyakan peserta yang hadir...

Sunday, June 26, 2011

Exam datang lagi

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; ...

Friday, June 17, 2011

F.R.I.E.N.D.S

Group 4 Top-up telah diamanahkan untuk menyempurnakan F.R.I.E.N.D.S pertama dari SMK Miharaja yang sepatutnya diadakan pada minggu pertama semester  14- 15 Jun 2011. Namun program itu terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Saya dan Program Manager iaitu Fikri sangat sedih dan terkilan atas penagguhan program tersebut kerana sebahagian perkara telah diselesaikan. Namun saya percaya ada hikmah atas penangguhan tersebut. Disebabkan penagguhan oleh pihak SMK Miharja, F.R.I.E.N.D.S kami telah digantikan dengan program dari SM Integrasi Sains Tahfiz, Bandar Tun Razak. Program ini telah diaidakan pada 17 Julai 2011 bertempat di Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah kerana sekolah ini merupakan sekolah baru yang belum dilengkapi...